Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Ketam Bunga Masak Lemak Kuning Dengan Nanas

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah... Ini saja yang sempat dimasak untuk juadah tengah hari ini. Ketam masak lemak kuning dengan nanas, dimakan bersama nasi putih. Request from En. Hasben. Pagi-pagi lagi dah ke pasar tani Setiawangsa membeli ketam bunga. Empat ekor RM45. Hasben kata kena makan dengan kulit kulit sekali sebab harga termasuk kulit ketam.  Kalau ikutkan selera sendiri, nak masak kari ketam tumis darat, stail utara. Kuah kari ketam ini sedap, boleh dibuat untuk cicah roti. Tapi Encik Hasben suruh masak lemak kuning. Ok.. layan ajelah. Lagipun kalau ketam ini Kak Noor lebih suka kepada portion kaki besarnya yang ada kepit tu. Sedap dan manis isinya. Resepi Masak Lemak Ketam Nanas oleh: sajiandapurbonda Bahan-bahannya: 4 ekor ketam bunga - seekor dibelah 2. 1 batang serai - dititik Santan cair 3 cawan - (1 cawan santan pekat KHALIS + 2 cawan air) Santan pekat sawit KHALIS 2 cawan. 1/2 biji nanas manis - dihiris kecil 1 batang cili merah - dibuang bi

Resepi Periuk Noxxa: Bubuq Asyura Stail Utaqa

Assalamualaikum dan Selamat Bercuti dan Bersantai di Hujung Minggu. Pagi ini sebelum Kak Noor masuk ke dapur untuk menyediakan juadah untuk makan tengah hari, nak kongsikan dulu resepi Bubur Asyura stail Utaqa menggunakan periuk Noxxa. Seperti tahun-tahun lalu, Kak Noor memasak bubur asyura ini secara sendirian berhad di rumah.  Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum bahawa Hari Asyura adalah hari yang ke-10 dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Asyura berasal daripada perkataan Arab `Asyara' yang bermaksud sepuluh. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Pada tahun lalu masak dalam kuantiti yang banyak sebab berniat nak berikan kepada semua kawan pejabat dan jiran tetangga. Masa tu Kak Noor guna dua bungkus @ 500 gram tepung beras. Kacau pula di dalam k

RESEPI PERIUK NOXXA: Bingka Cheese Sarawak

Assalamualaikum. Malam ini terasa terajin pula nak masuk dapur walaupun jarum jam telah menunjukkan pukul 10.00 malam. Biasanya pada waktu-waktu begini dah malas masuk ke dapur (chef dah tamat kerja dan restoran dah tutup). So sesiapa yang lapar dan rasa nak makan lagi tu... pandai-pandailah self sevice ye! Semua dah tersedia kat dapur tu. Dari jam 9.00 malam tadi dok layan resepi-resepi yang diuploadkan dalam telefon bimbit. Mula-mula ingat nak buat kek, tapi baru minggu lalu saja buat kek. Nanti tak ada siapa yang nak makan sebab dah `immune’ dengan menu kek. So beralih pula ke resepi apam mekar. Teruja dengan apam mekar yang ditayangkan oleh Niluh Atik dalam FB, dan memang dah tanam niat untuk cuba membuatnya. Tetapi memandangkan proses membuatnya mengambil masa, dan ada bahan yang tiada, terpaksalah hold dulu. Terfikir juga pukul berapa nak selesai? Pukul berapa pula nak tidur? Esok perlu bangun awal untuk pergi kerja.   Sebelum dikukus perlu tunggu adunan ap

Ayam Masak Madu Mamak

Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada rakan-rakan yang selalu mengunjungi dapur Kak Noor untuk mendapatkan resepi-resepi terkini Sajian Dapur Bonda.   Sejak seminggu dua minggu ini rasa tak sedap sangat badan ini.  Sekejap rasa sejuk, dan sekejap rasa panas.  Lidah pun rasa pahit dan meloya tekak ini,  Makanpun  kurang berselera.  Mungkin disebabkan faktor usia yang bakal mencecah five series tidak lama lagi ataupun mungkin disebabkan keadaan jerebu yang tidak menentu. Anak perempuan Kak Noor yang bongsu pun tak berapa sihat.  Mempumyai simptom yang sama.  Tapi nasib baiklah diisytiharkan cuti sekolah.  Dapatlah dia merehatkan diri di rumah.     Bila badan dah tak sihat, nak melangkah masuk ke dapur pun rasa berat dan malas.  Kalau boleh nak beli lauk tunjuk-tunjuk aje.  Tapi tak kena dengan selera pula.  Bila dah tak sihat, selera pun turut terbantut. Apapun yang sedap ditayang di depan mata, tidak membangkitkan selera.  Mahu tak mahu, gagahkan juga dir

Puding Laici Keju Kastard

Assalamualaikum. Selamat malam semua. Sejak siang tadi dah plan nak buat puding laici ini tapi tak sempat sebab sibuk mengemas rumah. Cuma waktu malam baru ada kelapangan. Kak Noor baru saja selesai masak puding laici. Sementara menunggu puding sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais, sempatlah Kak Noor update blog ini.  Puding laici ini Kak Noor letak cream cheese, menambahkan keenakan puding. Resepi asal menggunakan butter, tapi teringin pula nak eksperimen guna cream cheese.  Kebiasaannya guna cream cheese untuk buat cheese cake. Tetapi kali ini eksperimen kat puding pula. Alhamdulillah, menjadi juga dalam suka-suka nak bereksperimen. Hasilnya lebih sedap, dan rasanya lemak berkrim. So.... kalau nak cuba, bolehlah rujuk resepi di bawah. Puding Laici Keju Kastard Oleh: Sajian Dapur Bonda Bahan A: 180 gm gula pasir 30 gm agar-agar stripe (agar-agar tali) *5 cawan air - (sukatan guna cawan arcoroc putih) Bahan B (dikisar me