Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Puding Koktel Kastard

Salam hujung minggu buat semua yang singgah di Sajian Dapur Bonda.   Telah menjadi fenomena di FB sekarang, ramai yang gemar mengepos apom, kek, dan puding yang diwarnakan dengan pelbagai warna menarik, `I want to touch the colour! ' Bukan di atas kertas sahaja kita boleh warna tau!  Kini kuih muih pun boleh kita apply dengan beraneka warna yang boleh membuat orang teruja bila melihatnya.  So kali ini Kak Noor telah apply pada Puding Koktel Kastard ni. Agak menarik juga hasil kombinasi warnanya. Bukan sahaja warnanya menarik, tapi teksturnya pun sedap. Lembut... sejuk bila masuk ke tekak.   Dalam FB juga kita tengok ramai yang guna acuan seperti yang Kak Noor gunakan untuk membuat apom, kek, puding dan sebagainya.  Acuan ini Kak Noor beli on line, nun.... jauh dari  Sabah.  12 pieces harganya RM35.00.  Dengan menggunakan resepi di bawah Kak Noor dapat buat dua bekas puding menggunakan acuan di atas.  Bahan-bahannya: 20 gram agar-a

Pencuci Mulut di Hari Cuti, Agar-Agar Koktel Strawberry

Assalamulaikum teman-teman semua. Hari ini cuti am.  Memang ditunggu-tunggu oleh orang macam Kak Noor ni.  Kalau boleh nak rehat aje... Sesiapa yang bekerja di sektor awam mahupun swasta hari ini telah diisytiharkan cuti am sempena Hari Deepavali.  Anak-anak yang bersekolah pun turut diberi cuti; tetapi bukan sehari dua tetapi sehingga hari Ahad.  Hari Isnin minggu hadapan naik sekolah kembali.  Ada juga famili yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti panjang membawa anak-anak pulang ke kampung menziarahi ayahanda bonda, dan sanak saudara, dan ada juga yang membawa anak pergi `Cuti-cuti Malaysia'. Kak Noor dan famili hanya menghabiskan cuti sehari ini di Kuala Lumpur sahaja.  Lagipun pada minggu hadapan, akan bermula peperiksaan hujung tahun sebelum cuti sekolah penggal ketiga. Kalau balik kampung, sudah tentu anak perempuan bongsu Kak Noor akan leka bermain dengan sepupu-sepupunya, bukupun hilang entah ke mana. Biasalah budak-budak, tak boleh dihalang.  So biarla

RESEPI PERIUK NOXXA: PULUT INTI

Bahan Untuk Pulut: 3 cawan beras pulut 4 cawan air 2 cawan santan pekat Garam secukupnya Bahan Untuk Inti: 1 biji kelapa parut muda 3 ketul gula Melaka 2 sudu besar gula pasir 2 cawan air 2 helai daun pandan 1 sudu besar tepung gandum atau tepung beras – Kak Noor guna tepung gandum Cara Masak Pulut Guna Periuk Noxxa: 1. Basuh pulut dan toskan.   2. Masukkan pulut dalam inner bersama air dan daun pandan. 3. Tutup periuk.  Putar tombol ke arah `PRESSURE’. 4. Guna  fungsi `HIGH PRESSURE’ dan set  6 minit.  Tekan`ON’. 5. Selepas masa tamat, putar tombol ke arah STEAM untuk membebaskan wap. 6. Buka tudung dan kacau pulut.  Masukkan santan yang telah dibancuh dengan garam secukup rasa dan kacau sehingga pulut dan santan bergaul rata. 7. Tekan `OF’.  Tutup periuk.  Putar tombol ke arah `STEAM’. 8. Guna fungsi `STEAM’ dan set 3 minit.  Tekan `ON’. 9. Selapas masa tamat, buka tudung periuk dan kacau rata.  Biarkan dalam status `WARM/REHEAT’. I

Asam Pedas Rebus Ikan Pari, Sayur Campur, dan Ikan Goreng Garing Untuk Sajian Tengah Hari. Syukur Alhamdulillah.

A ssalamualaikum.  Syukur Alhamdulillah, rezeki pada hari ini.  Asam Pedas Rebus Ikan Pari, menu sajian tengah hari tadi.   Sesekali masak menu ini sedap juga.   Kuahnya boleh dihirup. Slurrp… Satu kepuasan bila dimakan bersama nasi panas.   Kak Noor suka letak kuah banyak-banyak sampai nasi tenggelam.    Sebenarnya memang malas nak masuk dapur hari ini.   Pagi-pagi lagi telah siap masak bihun goreng untuk sarapan pagi.   Pada mulanya i ngat nak terus masak untuk makan tengah hari.   Senang, lepas itu boleh relaks dah...  Tetapi tergendala pula sebab terleka menonton beberapa program TV yang agak menarik di hujung minggu.   Apapun selepas tamat cerita `Cinta Hero Malaya’ lebih kurang jam 1.00 tengah hari, akhirnya masuk ke dapur untuk memasak. Sesekali makan menu seperti ini, memang menyelerakan.  Ala-ala kampung gitu... Hmm…. nak masak simple aje hari ini.   Dah tiga hari ikan pari tersimpan di dalam peti sejuk.   Memang dah pelan sejak semalam nak masak asa

Kek Pelangi, warna pelangi inspirasi puteri-puteriku

Salam rakan-rakan semua. Welcome to Dunia Kek Warna Warni.  Teruja sungguh Kak Noor bila lihat kawan-kawan pos kek yang dicorakkan dengan pelbagai warna yang menceriakan dalam FB mahupun blog.   Kalau kita yang dewasa pun tertarik dengan warna-warna yang digabungkan, apatah lagi budak-budak yang melihatnya.   Dari sehari ke sehari memendam rasa untuk cuba membuatnya.  Akhirnya sehingga ke hari ini, Kak Noor telah mencuba membuat dua kek; iaitu Kek Marble dan hari ini Kek Pelangi.  Bahan-bahan yang digunakan untuk kedua-dua kek ini agak sama sahaja, cuma dari segi pewarnaannya. Kek Marble tidak diletakkan ovalette, tetapi untuk Kek Pelangi Kak Noor letakkan sedikit Ovalette untuk melembutkannya.   Warna-warna yang digunakan pada Kek Pelangi Kek Pelangi ini adalah inspirasi daripada kedua-dua puteri Kak Noor; iaitu yang sulung dan yang bongsu. Bila dah nonton You Tube yang menunjukkan penyediaan `rainbow cake', di mana pelbagai warna digabungkan

RESEPI PERIUK NOXXA: Sambal Tumis Daging Bonda (Ala Mamak)

Assalamualaikum. Santai di hujung minggu bersama keluarga, apakah agaknya menu tengah hari ini?  Apa kata masak sambal tumis daging ala mamak ini.  Pasti membuka selera, dimakan bersama nasi putih yang masih panas.  Tetapi kalau rasa terajin nak masak nasi tomato atau nasi minyak, silakan.  Itu dah kira bonus makan tengah hari.  Kak Noor jarang beli daging untuk dimasak di rumah. `Sesekali bila kuterasa teringin' aje baru dibeli di pasar tani. Selalunya Kak Noor beli daging tempatan `fresh' yang dijual di pasar tani atau pasar.  Tetapi anak-anak dan Encik Hasben lebih suka ayam daripada daging.   Daging yang dimasak ini ialah daging korban yang diberi oleh jiran.  Alhamdulillah dapat juga merasa daging korban tahun ini walaupun tak balik kampung berhari raya.   Memandangkan menu ini merupakan salah satu favourite Kak Noor, maka Kak Noor ingin berkongsi bersama-sama rakan semua cara memasaknya menggunakan periuk Noxxa. Ini adalah cara Kak Noor, te

TART NYONYA, tempahan untuk Deepavali

Assalamualaikum... Kebiasaannya bila nak tiba Hari Raya Puasa baru kita akan dapat lihat N3 pelbagai biskut dalam blog dan juga FB. Tetapi tiba-tiba saja Kak Noor pos Tart Nyonya ini dalam blog Kak Noor. Tart nyonya ini special Kak Noor buat atas permintaan rakan yang meminta tolong membuatnya untuk jirannya yang akan menyambut Deepavali. Hari Raya tahun lalu Kak Noor mengambil tempahan untuk membuat tart gulung nanas. Tak pernah lagi membuat Tart Nyonya ini. Resepi tart nyonya mungkin berlainan daripada resepi tart gulung. Terpaksalah google dan intai-intai blog yang ada resepi tart nyonya. Finally, teruja dengan N3 tart nyonya dari Dapur Kak Jee.     Kak Jee buat menggunakan caranya yang tersendiri.  Beliau tidak mencanai doh, tetapi membulat-bulatkan doh dan kemudian ambil cutter, letak atas doh.  Tetapi Kak Noor 100% menggunakan acuan dan cutter.  Tak berapa mahir lagi nak buat macam Kak Jee. Anyway terima kasih kepada Kak Jee kerana

Kek Marble, teruja dengan keceriaan kombinasi warnanya....

Bila ramai orang pos gambar Kek Marble di FB, Kak Noor pun turut teruja untuk cuba membuatnya. Kak Noor ni bukan orang yang selalu buat kek, selalu beli adalah.  Apatah lagi bila tengok keceriaan kombinasi warna pada kek-kek yang diposkan itu.  Mesti like.  Terima kasih kepada empunya resepi yang hanya dikenali dengan CT Hajar.   First time buat, Alhamdulillah beginilah hasilnya.  Kak Noor guna warna merah, hijau dan serbuk koko utuk warna coklat. Ini adalah cara memasukkan adunan secara selang seli ke dalam loyang (dipos oleh CT Hajar dalam FB).

RESEPI PERIUK NOXXA: Nasi Tomato Mamak Penang

Assalamualaikum. Untuk N3 resepi periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin berkongsi menu nasi tomato yang dimasak menggunakan periuk Noxxa.  Resepi ini diambil daripada blog Mamak Haji Roslan, my favourite chef from Penang. Resepi asal menggunakan 2 kg. beras.   Boleh klik di sini untuk resepi asal. Kak Noor hanya menggunakan 1 kg. beras sahaja.   Beras pula Kak Noor hanya gunakan beras biasa sahaja. Masak tidak dirancang, so tak belipun beras Basmathi. Ayam Semanis Kurma Untuk lauknya pula Kak Noor gandingkan dengan Ayam Semanis Kurma .    Tak sempat nak sediakan jelatah.  Just nasi dengan ayam sahaja dapat dihidangkan. Antara bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahannya: 1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras ¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g) 1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree ¼ tin susu cair 3 sudu besar serbuk badam Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1) Bahan-bahan Tumis: 1 ½ sudu besar minyak sapi 1 batang kayu manis 3” 1

KUAH KACANG VERSI BONDA, WARISAN KELUARGA

Selamat Hari Raya Aidil Adha... Resepi kuah kacang ini pernah Kak Noor muatkan dalam blog SDB sebelum ini. Cuma kali ini Kak Noor gunakan sukatan gram bagi membolehkan ia diikuti dengan mudah. Mungkin orang lain, lain caranya. Tetapi bagi Kak Noor yang berasal dari Utara, ini adalah resepi warisan keluarga yang selalu dimasak oleh bonda Kak Noor.     Antara bahan-bahan untuk kuah kacang  Bahan-bahan perlu digoreng terlebih dahulu untuk mendapatkan aromanya   Pesan bonda, kalau nak kuah kacang yang sedap, bahan-bahannya perlu digoreng tanpa minyak terlebih dahulu untuk mendapatkan aromanya. So... kenalah lebih kerja sedikit ye!   Mudah! kacang yang telah siap dikisar   Tak nak sembang panjang-panjang, kita terus ke resepinya. KUAH KACANG UTARA Oleh:  Sajian Dapur Bonda   Bahan-bahannya: 500 gram kacang mesin– Kak Noor beli yang telah siap 1 batang serai – dititik 1 kiub ayam 1 keping asam gelugor 4 sudu besar gula perang Tam

CORETAN DI HARI RAYA AIDIL ADHA 1435 HIJRAH, BERAYA DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikum semua.   Dengan ingatan tulus ikhlas, terlebih dahulu Kak Noor menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan sepanjang Kak Noor berbicara di Sajian Dapur Bonda ini.  Semoga kita senantiasa dalam ampunan dan lindungan Allah. Selamat Hari Raya  AIDIL ADHA Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Di kala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN Hari Raya Adil Adha tahun ini Kak Noor dan famili beraya di Kuala Lumpur sahaja.  Pagi-pagi lagi anak perempuan yang bongsu, Asilah telah bersuara `Bosanlah ibu raya di sini.  Raya di rumah Acu best, ramai dan meriah. Ada Acu, Mak Tok, Acik, Shakirin, Darwisya, Damia, dan Aiman.  Acu adalah panggilan kepada bapa saudaranya iaitu adik lelaki bongsu Kak Noor yang tinggal di Bukit Mertajam.  Setiap kali kalau `balik kampung' di rumah Acu inilah yang Kak Noor tuju. Lagipun bonda