Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Sup Campur (Bunga Kobis, Ubi Kentang dan Karot)

Bahan-bahannya: 400 gram bunga kobis 1 biji ubi kentang saiz besar 1 biji karot 1/2 biji tomato - dipotong kiub kecil Batang sup Soun - direndam sehingga kembang dan ditoskan 2 ulas bawang putih - dicincang 2 biji bawang kecil - dihiris 1 sudu besar udang kering - direndam dan ditoskan Serbuk lada hitam 1/2 kiub ayam Garam secukup rasa 1 sudu besar minyak untuk menumis Air secukupnya untuk sup Bawang goreng Cara-cara Memasaknya: 1.  Bunga kobis dipotong kecil dan direndam dengan garam seketika untuk membuang kotoran sekiranya ada.  Kemudian dibersihkan. 2.  Ubi kentang dan karot diparut separuh, bakinya dipotong bulat. 3.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang putih,  bawang kecil  dan udang kering sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya diikuti dengan kiub ayam, garam, dan serbuk lada hitam.  Masak sehingga sup mendidih. 4.  Kemudian masukkan potongan karot dan ubi kentang.  Bila  telah agak empuk, masukkan pula parutan ubi kentang da

AYAM SAMBAL SERAI

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Bersama Keluarga Tercinta. Hari ini menu utama yang ingin Kak Noor ketengahkan untuk hidangan tengah hari  ialah Ayam Sambal Serai.  Mesti ramai yang telah pernah menghidangkan menu ini untuk santapan keluarga.  Cuma kadang-kadang ada tokok tambah dari segi penggunaan bahan-bahannya dan cara-cara penyediaannya.  Citarasa seseorang tidak sama antara satu sama lain. Ada yang ikut aje resepi yang diketengahkan dan ada juga yang suka menokok tambah; macam Kak Noor lah. Tapi kalau ia sedap dan kena pada anak tekak, apa salahnya kita mencuba dan menghasilkan rasa yang baharu. Memandangkan hari ini banyak program di luar rumah di sebelah tengah hari, pagi-pagi lagi Kak Noor telah bangun untuk membereskan kerja rumah dan memasak untuk keluarga.  Sementara masih rajin dan bertenaga di sebelah pagi ini, lebih baik kita selesaikannya.  Waktu petang adalah masa untuk kita beristirehat dan santai bersama keluarga. Ayam sambal serai ini s

Kari Ayam Kashmir

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari.  Untuk juadah tengah hari ini, Kak Noor masak Kari Ayam Kashmir, stail India di mana tidak menggunakan santan.   Resepi ini Kak Noor temui di Blog Hairul yang merupakan kiriman Puan My1981 dalam program kongsi resepi dapat duit tajaan blog Hairul.com Kebiasaannya kari ayam yang Kak Noor masak menggunakan santan, tetapi resepi ini tidak menggunakan santan sama sekali; betul-betul ikut stail mamak.  Kuahnya pula Kak Noor lebihkan air kerana hasben tidak berapa gemar kuah kari yang pekat. Ternyata selepas dimasak, memang sedap dan tidak jemu kita memakannya.  Menu tambahannya pula ialah sambal belacan dengan ulam-ulaman dan papadom. Walaupun ringkas, tetapi syukur Alhamdulillah berselera makan seisi keluarga. Resepi Asal: Kiriman Puan My1981  (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com) Bahan-bahan A (Untuk ditumis): 4 ulas bawang merah - dihiris 1 labu bawang besar saiz sederhana – dihiris dan dit

SELERA TENGAH HARI (Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa, Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku (Santan Sawit), Sambal Belacan, dan Ulam-ulaman)

MENU TENGAH HARI  - Siakap Goreng Tiga Rasa - Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku - Sambal Belacan dan Ulam-ulaman Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Ketiga-tiga menu di atas adalah hidangan tengah hari tadi. Sempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina dan cuti yang agak panjang, anak-anak Kak Noor semua ada di rumah kerana bercuti.  Lagipun sejak penghujung bulan Januari yang lalu terdapat pertambahan ahli keluarga dalam rumah iaitu mak mertua dan adik ipar.  Masa inilah semua dapat makan bersama. Nasi yang dulunya masak tiga pot beras pun tidak dapat dihabiskan, tetapi sepanjang tempoh percutian ini enam pot beras `selesai'.   Itu waktu siang, waktu malam cerita lain pula.   Chef pun dah tak larat ke dapur nak sediakan makan padi, makan petang, dan makan malam.  Kadang-kadang bila orang dah ramai ni, lauk yang kita bajet boleh tahan sehingga ke malam,  kadang-kadang tak cukup dan hanya dapat bertahan pada waktu siang sahaja.  Terpaksalah chef masuk ke dapur me

SIPUT LALA MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahannya:  1 ½ kilo siput lala besar, dicuci bersih 2 batang serai – dititik ½ kilo pati santan 1 biji tomato – dibelah 4 1 helai daun kunyit – disimpul. Garam, serbuk perasa, dan gula Bahan-bahan dikisar:  2 inci kunyit hidup 2 biji bawang besar 1 inci halia 1 biji cili hijau 3 – 4 biji cili padi merah Air secukupnya. Cara-cara menyediakannya:  1. Masukkan siput lala bersama bahan-bahan yang dikisar, dan serai di dalam periuk. Kacau rata dan tudung periuk. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 5 minit. 2. Buka tudung periuk, masukkan pati santan dan daun kunyit. Gaul rata dan perasakan dengan garam, serbuk perasa, dan gula. Masak sehingga kuah mendidih. 3. Akhir sekali masukkan tomato dan bolehlah ditutup api.

SOTONG GORENG TOMYAM

Bahan-bahannya: 500 gm sotong saiz sederhana (bersihkan, potong 3) 2 sudu kecil pes tomyam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili thai 1 sudu kecil sos ikan ½ biji lobak merah – dipotong bulat 1 labu bawang besar – dimayang bulat ½ biji cili benggala hijau – dihiris memanjang 1/2 biji tomato – dipotong 4 memanjang Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis Bahan-bahan tumis: 5 biji cili padi – diketuk 1 biji cili merah - dihiris 1 labu bawang besar, saiz sederhana – dimayang 3 ulas bawang putih – dimayang     Cara-cara memasak: 1.            Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi dan sedikit layu. 2.            Masukkan pes tomyam, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan.  Kacau rata dan tambahkan sedikit air.  Biarkan kuah mendidih 3.            Selepas itu masukkan sotong dan gaul rata.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi sehingga sotong ¾ masak. 4.