Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Sayur Campur Cina

Bahan-bahannya: Sedikit daging ayam - dicincang (digunakan sebagai rencah) 1 batang lobak merah - dipotong bulat 1 paket cendawan tiram 1 buku brokoli 50 gram kobis - dipotong besar 2 biji bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 biji cili merah - dihiris 2  cawan air 3 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk lada putih Garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah) Sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya: 1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukkan cincangan ayam, diikuti dengan bawang merah, bawang putih, dan cili merah.  Tumis sehingga naik bau. 2.  Kemudian masukkan air diikuti dengan sos tiram, serbuk lada hitam dan lada putih, garam, dan gula.  Masak sehingga kuah mendidih. 3.  Selepas itu masukkan lobak merah, cendawan tiram, brokoli, dan kobis.  Kaup balikkan sayuran.  Tuangkan bancuhan tepung jagung tadi.  Kacau lagi sehingga sayur-say

ASAM PEDAS AYAM

Mula-mula nak masak asam pedas ikan tenggiri aje, tetapi last minute bertukar menu apabila hubby beli ayam.  Jadilah asam pedas ayam. Bahan-bahannya:  *(800 gm ayam (bahagian ayam yang bertulang) 1 biji tomato – dibelah empat 10 batang bendi 1 inci halia - diketuk 1 ½ inci lengkuas – diketuk 2 batang serai – diketuk Daun kesum secukupnya 3 – 4 helai daun limau purut 1 biji cili merah – dibelah dua 3 sudu besar pati asam jawa Xtra Adabi – dibancuh dengan 800ml air Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar halus: 3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar 5 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci belacan ½ sudu teh serbuk jintan manis ½ sudu teh serbuk jintan putih Air secukupnya Cara-caranya:  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis serai, lengkuas, dan halia sehingga naik bau, kemudian baru masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga gar

Sambal Belacan (Guna Blender)

Hari ini Kak Noor nak muatkan resepi sambal belacan cara Kak Noor.  Kalau dahulu kalau nak buat sambal belacan ini memerlukan lesung batu untuk menumbuknya tetapi sekarang ada kaedah baharu yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan blender basah.   Masuk semua bahan di dalam blender dalam satu masa kemudian dikisar.  Dah siap sambal belacan! Cepat dan mudahkan...  Pun begitu ramai yang  berpendapat hasilnya tidaklah sesedap jika ia ditumbuk menggunakan lesung batu.  Apapun, Kak Noor akur dengan pendapat ini.  Kenapa sambal belacan lebih sedap jika kita menggunakan lesung batu?  Adakah disebabkan aura yang ada pada batu lesung itu? Sambal belacan yang dibuat menggunakan blender Sekarang ini Kak Noor jarang sekali menumbuk sambal belacan menggunakan lesung.  Suatu ketika dulu Kak Noor memang menggunakan lesung batu menumbuk sambal belacan.    Tetapi sejak penumbuknya hilang dan tinggal lesung sahaja, maka sejak hari itu Kak Noor menggunakan blender sahaja.  Okay

Kari Ikan Tenggiri Batang,

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah baru saja habis makan tengah hari bersama keluarga. Hidangan tengah hari ini ialah kari ikan tenggiri, sayur kangkung goreng, sambal belacan, dan ulam kacang botol.  Walaupun lauknya simple, tetapi set hidangan lengkap ini sudah cukup membangkitkan selera dan mengenyangkan perut.  Tengok Encik suami dah dua tiga kali bertambah. Kombinasi kari ikan tenggiri, sambal belacan, dan ulam kacang botol Semalam, sempat ke NSK Selayang untuk membeli lauk pauk dan barang keperluan.  Memang ramai orang di NSK Selayang, tidak kira pagi, petang atau malam.  Lagipun NSK Selayang ini dibuka 24 jam.  Pernah suatu ketika Kak Noor dan Encik Suami ke NSK jam 11.00 malam  untuk mengelakkan kesesakan, tetapi sebenarnya semakin sesak. Orang yang tinggal jauh dari Selayang pun sanggup ke NSK Selayang ini untuk membeli barang keperluan di sini. Harga yang ditawarkan memang tersangat murah. Apa lagi peniaga-peniaga restoran dan kedai makan, di sinilah m

Ayam Koktel Masak Sos

Menu ayam koktel masak sos ini adalah faveret anak-anak Kak Noor.  Kalau tak dimakan bersama nasi, mereka akan meratahnya sahaja. Masaknya pun agak simple, dan tidak memerlukan bahan yang banyak.  Cuma anda perlu menggunakan pelbagai sos untuk menyediakan menu ini. Namanya pun masak sos kan! Ayam koktel yang digoreng 3/4 masak. Kak Noor menggunakan ayam koktel jenama Farm Best yang boleh dibeli di pasar raya, bungkusan 1 kg.  Tetapi untuk hidangan ini, Kak Noor guna 500 gram sahaja koktel ayam.  Koktel ayam ini boleh digoreng dengan minyak atau boleh dipanggang di dalam oven sehingga 3/4 masak. Jom kita tengok resepinya. Bahan-bahannya: 500 gram koktel ayam - digoreng atau dipanggang 3/4 masak 1/2 biji cili benggala hijau - dipotong dadu 1/2 biji cili benggala merah - dipotong dadu 1/2 biji lobak merah - dipotong bulat 1 biji bawang besar - dibelah empat dan dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih - dihiris 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tiram 1 s

SANTAI DI PORT DICKSON: AYAM BARBEKU SAJIAN DAPUR BONDA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga di hujung minggu sebegini kita semua masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini dengan penuh keceriaan dan menikmati detik waktu yang berharga bersama keluarga tercinta.  Juga dimohon ke hadrat Illahi semoga dipanjangkan umur ibadah kita, Insya Allah. Kolam mandi dan anak-anak tidak dapat dipisahkan Bagi Kak Noor sekeluarga,  Alhamdulillah. Cuma agak lama juga Kak Noor tidak memuatkan cerita dan resepi terkini disebabkan komitmen yang perlu diberi perhatian. Maklumlah kalau dah mula mengarang dan menaip, sudah tentu memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk kita memikirkan apa yang perlu dan yang patut ditulis untuk teman-teman pembaca.  Resort yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga Terdapat gazebo untuk beristirehat sambil menikmati keindahan pemandangan pantai,  dan juga tempat untuk barbeku Bermula dengan kepemergian Kak Noor ke Dungun mengambil ana