Hari ini nak ceghite pasal durian pulak. Almaklumlah... sekarangkan musim durian. Buah durian pula sedang `jujuh' sekarang ini atau dalam erti kata yang lain buah sedang banyak. Kalau dulu musim buah durian hanya setahun sekali tetapi sekarang ini setahun sampai dua tiga kali musimnya. Memang bertuah orang yang ada dusun durian ni. Kebiasaannya dusun durian itu adalah peninggalan nenek moyang untuk generasi akan datang. Mereka telah meneroka tanah dan mengusahakan tanaman ini untuk dimakan oleh anak cucu mereka. Telah menjadi lumrah pabila tiba aje musim durian, adik-beradik dan sanak saudara semua pasti pulang ke kampong untuk menikmati buah yang lazat ini. Alangkah meriahnya ketika itu. Anak-anak yang senantiasa sibuk dengan kerja pejabat sanggup mengambil cuti untuk pulang ke kampong halaman demi menyahut panggilan musim buah durian ini. Secara tidak langsung, buah durian juga turut memainkan peranannya yang penting iaitu mengeratkan lagi silaturrahim sesama adik
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com