Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

ACAR SAYUR (TIMUN DAN LOBAK MERAH)

Resepi Asal:  Acar Timun ( http://thyagacook.blogspot.com ) Diolah oleh:  Kak Noor, Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: 2 biji timun saiz sederhana, buang biji dan potong panjang 1 biji lobak merah saiz sederhana, dipotong panjang 1 biji bawang besar - dihiris 3 sudu besar minyak - untuk menumis 1 biji cili merah - dihiris serong 1 biji cili hijau - dihiris serong 1 sudu teh pes halia 1 sudu teh pes bawang putih 1/2 sudu teh biji sawi 1 sudu makan serbuk cili 2 sudu makan cuka 3 sudu makan gula 1/2 cawan air Garam secukup rasa Penyediaannya: 1.  Rendam timun dan lobak merah yang telah dipotong panjang di dalam air ais lebih kurang 1/2 jam untuk merangupkannya.  2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis biji sawi, bawang besar, cili merah, cili hijau, pes bawang putih dan pes halia hingga wangi tetapi jangan sampai bawang layu. 3.  Masukkan serbuk cili, air, gula, cuka, dan garam.  Biarkan ia mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit. 4.  Tu

BINGKISAN DI HARI RAYA.....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pengunjung blog Sajian Dapur Bonda.  Setelah beberapa hari bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha, kini kita kembali menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Walaupun masih terasa penat kerana banyak persiapan sebelum raya dan sesudah raya, tetapi Kak Noor bersyukur dan gembira kerana anak-anak  dapat pulang berhari raya bersama.  Tidaklah terasa terkilan apabila di pagi raya, ada anak yang tidak dapat menjamah dan menikmati hidangan daripada air tangan bondanya sendiri.  Cuma Kak Noor sekeluarga tidak dapat pulang ke hometown Bukit Mertajam beraya bersama bonda dan adinda-adinda tercinta di sana disebabkan kesuntukan masa. Kalau dah hari raya mesti ada menu hari rayanya kan! Kebiasaannya Kak Noor tanya suami dulu nak masak apa. Kemudian tanya anak-anak pulak.   Encik Suami tak banyak karenah dan tak kisah; masaklah apa sahaja, asalkan mudah dan cepat.  Encik Suami pun  tahu `kepenatan' kaum Hawa di dapur, lebih-lebih bi

KOKTEL BUAH-BUAHAN AIS KRIM VANILLA

Minuman koktel buah-buahan ini Kak Noor sajikan semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat yang lalu.  Memandangkan ia dihidangkan untuk para tetamu, maka kuantiti setiap bahan yang digunakan adalah lebih daripada satu. Resepi ini diperolehi semasa Kak Noor menghadiri salah satu jamuan di jabatan tempat  Kak Noor bekerja.  Kebiasaannya kita menggunakan buah-buahan untuk menghidangkan minuman koktel ini tetapi kali ini ada kelainan sikit dari segi penyediaan.   Patutlah semua tetamu kata `sedap tidak terperi' dan bertambah-tambah.  Minuman ini cepat pula cepat habis macam goreng pisang panas, tak sempat nak merasanya.  Terpaksalah sabar menunggu bancuhan seterusnya untuk merasa keenakan koktel ini.  Semasa menunggu inilah Kak Noor sempat berborak dengan staf yang berkenaan untuk mengetahui secret receipe koktel buah-buahan ini (sekarang ini tiada rasa lagi....)  So sempena Hari Raya Adil Adha baru-baru ini yang Kak Noor rayakan di Kuala Lumpu

Sup Cendawan Campur Soun

Sup tumis sebegini adalah antara sup kegemaran Kak Noor sekeluarga.  Bila badan tidak sihat dan tiada selera untuk menjamah nasi, maka sup inilah yang menggantikan hidangan utama.  Boleh juga dicelur mee dan direbus pasta ntuk dimakan bersama sup cendawan ini. Bahan-bahannya: 300 gm cendawan tiram - dikoyakkan 1 biji lobak merah (lebih kurang 100 gm) - dipotong mancis 5 batang crab filamen stick - dipotong kecil 1 biji tauhu putih - dipotong kecil Soun secukupnya Air - bergantung kepada banyaknya kuah 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar) 1 pokok daun sup - dipotong pendek 1 pokok daun sup - dipotong pendek Garam dan serbuk perasa Minyak untuk menumis Bahan-bahan Tumis: 3 ulas bawang merah - dihiris 3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus 1 biji cili merah - dihiris Cara-cara memasak: 1.  Basuh semua sayuran dan toskan.  Rendam soun sehingga kembang dan kemudian toskan. 2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis sehingga kekuningan. 3.  Ma

Pendidikan Seni: Membuat Bekas Pensil Menggunakan Plastisin (tanah liat)

Selamat malam semua.  Jam telah menunjukkan jam 10.40 malam.  Mata ni masih tidak mengantuk lagi.  Rasanya  kawan-kawan di luar sana  sama juga macam Kak Noor.  Mungkin ada yang sedang menonton TV bersama keluarga, ada yang sedang mentelaah pelajaran bersama anak-anak,  ada yang masih di dapur, dan ada yang sedang update blog (macam Kak Noor sekarang ni). Malam-malam begini Kak Noor bukan nak poskan resepi masakan tetapi nak pos resepi kreativiti yang dibuat oleh ibu dan anak.  Sudah dua malam berturut-turut Kak Noor bersama anak bongsu, Cheela bertungkus-lumus cuba membuatnya.  Mula-mula Kak Noor tunjuk ajar  cara-cara membuat kepadanya.  Kemudian buka semula, dan suruh dia buat sendiri.  Esok Cheela mesti berjuang sendiri habis-habisan untuk menghasilkan apa yang berjaya dihasilkan pada malam ini.  Ibu tiada di sisi untuk membantu dan menunjuk ajar lagi. Harapan Kak Noor agar Cheela dapat mengingati apa yang telah diajar dan ditunjuk dan membuatnya lebih baik lagi untuk esok. Sep

Masak Lemak Cili Api Ayam dan Rebung

Selamat tengah hari, selamat menjamu selera.... harap apa sahaja menu yang dihidangkan pada hari ini pasti membuka selera anda sekeluarga. Hari ini menu yang cukup ringkas dan cepat dimasak sedap dimakan.  Resepi yang diberikan oleh rakan Kak Noor iaitu Puan Lailawati, anak jati Negeri Sembilan.  Dia selalu cakap, masak lemak cili api negeri sembilan tak susah.  Tak perlu banyak bahan.  Tapi yang penting lemak santannya mesti seiiring dengan kepedasan.  Pastikan santan tidak pecah minyak.  Kalau pecah minyak, ertinya masak lemak tu `failed' dan jangan ngaku orang Negeri Sembilan.  Nasib baik Kak Noor orang Penang, kalau failed pun taklah sampai dibuang negeri...ha..ha.. Kak Noor pernah masak lemak cili api ayam dengan kentang, tetapi kali ini Kak Noor nak pasangkannya dengan rebung pula.  Sebenarnya kalau nak tahu Kak Noor tak pernah makan rebung, dan tak tahu macam mana nak masak rebung pun!  Selalu juga tengok kawan-kawan makan di pejabat, tetapi buat dont know aje wal

TELUR MATA MASAK SOS

Walaupun nampak ringkas, tetapi lauk inilah yang menjadi kegemaran anak-anak di rumah apabila mereka tidak berselera untuk makan.  Mudahkan!  Just goreng telur mata kerbau dan selepas itu masukkan dalam sos saja. Masakan ini sesuai juga untuk anak-anak bujang yang tinggal jauh di perantauan. Ringkas dan menjimatkan. Bahan-bahannya: 5 biji telur ayam – (digoreng mata kerbau) 1 biji bawang besar saiz sederhana – diracik halus 3 ulas bawang putih – diracik halus 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar 1 inci halia dihiris 4 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil sos ikan 1 biji tomato – dipotong kiub 1 sudu besar gula perang Garam sekiranya perlu Daun sup dan daun bawang – untuk hiasan Cili padi - opsyen Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara membuatnya: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga kekuningan dan naik bau. Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga cili gar

SUP AYAM SOTO

Bahan-bahannya: 5 ketul rib ayam 3 biji ubi kentang - dipotong kecil 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - diketuk 2 inci halia - diketuk 3 - 4 biji cili padi - diketuk 1 sudu besar serbuk lada hitam (kasar) 2 sudu besar rempah soto - dibancuh dengan sedikit air 1 sup bunjut tulang 1 kiub perasa ayam 1 batang serai - dititik 1 gelung kecil soun - direndam sehingga kembang Air secukupnya untuk sup Garam secukupnya Minyak secukupnya untuk menumis Cara-cara membuatnya: 1.  Bersihkan rib ayam dan potong menjadi ketulan kecil. 2.  Panaskan periuk.  Letak lebih kurang 2 sudu besar minyak.  Bila minyak telah panas, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, serai, dan halia sehingga kekuningan dan naik bau. 3.  Masukkan rempah soto yang telah dibancuh tadi dan masak sehingga rempah terbit minyak. 4.  Selepas itu masukkan ayam dan kaupbalikkan supaya mesra dengan rempah tadi.  Pada  masa yang sama masukkan serbuk lada hitam dan juga cili padi.  G

Ikan Kembung dan Sosej Masak Kicap (Ala 2 in 1)

Mungkin resepi yang dimuatkan pada hari ini, jarang dimasak oleh orang lain.  Pada hemat Kak Noor, masak ini tak semestinya ikut resepi  bulat-bulat, dari A  hingga Z.  Kadang-kadang kita memerlukan kreativiti kita sendiri untuk memasak sesuatu mengikut citarasa tersendiri yang memenuhi piawaian selera keluarga.  Secara tidak langsung, terciptalah satu resepi baharu, Insya Allah. Nak tahu resepi apa hari ini?  Janganlah hairan pula dengan masakan ini kerana menunya adalah atas permintaan anak-anak yang dua orang yang kat rumah tu... nombor 4 dan nombor 5.   Dia orang ni memang the very cerewet one... susah sikit nak makan kalau tak kena dengan selera mereka.  Bukanlah bermakna anak-anak ni demand nak makan yang sedap-sedap dan yang mahal-mahal belaka,  tetapi ada masanya menu yang disediakan tidak memenuhi citarasa mereka sahaja.  Selera orang dewasa lain.  Kalau kita gemar makan ulam dengan sambal belacan dan juga kari daging atau kari ayam, jangan kita samakan selera kita