Langkau ke kandungan utama

Rendang di Aidil Fitri, Rendang Pedas Berempah Daging (menggunakan periuk noxxa).

Assalammualaikum.




Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam di bulan Ramadhon Al-Mubarak 1439 Hijrah. Semoga tahun ini bukanlah Ramadhon yang terakhir bagi kita. Mohon supaya kita dipanjangkan umur ibadah dan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhon pada tahun hadapan.




Esok lebaran 1 Syawal bakal menjelma menandakan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Di ruangan ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun kita hanya bertemu di persada percoretan blog ini, mungkin terdapat penulisan atau entry Kak Noor yang mungkin menyinggung atau mencetus ketidakpuasan hati pembaca sekalian.


Tahun ini pada hari raya pertama Kak Noor beraya di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah esok pagi selepas solat Hari Raya Aidil Fitri Kak Noor akan bertolak pulang ke Alma menjengok bonda. Semasa anak-anak masih kecil, dua atau tiga hari sebelum raya Kak Noor sekeluarga dah balik ke kampung halaman. Tetapi setelah anak-anak dah besar dan mereka pun dah bekerja, ada yang tidak dapat cuti semasa raya. Kesian dan sedih pula nak tinggal mereka di pagi raya tanpa ayahanda dan bonda beraya di pagi raya.

Rendang masih di dalam periuk Noxxa.   Guna fungsi warm-reheat aje.

Walaupun nak balik esok pagi, Kak Noor tetap menyediakan juadah untuk dihidangkan di pagi raya. Kebiasaannya Kak Noor masak rendang untuk dimakan bersama lemang dan kuah kacang bersama nasi empet. Tapi tahun ini Kak Noor cuma masak rendang saja untuk dimakan bersama lemang. Lemang of course le beli aje. 

Bila dah semalaman lagi sedap makan keesokan harinya.

Ini adalah resepi rendang yang sejak dulu menjadi faveret keluarga. Selalu masak guna kuali, hari ini masak guna periuk noxxa pula. Jimat masa dan tenaga, dan sambil-sambil tu bolehlah packing barang untuk dibawa balik esok. Sesiapa yang ada periuk Noxxa tu bolehlah mencuba resepi rendang versi periuk Noxxa ini. Bagi yang tidak mahu guna daging, boleh juga guna ayam. Klik untuk Resepi Rendang Ayam Pedas menggunakan periuk Noxxa. Untuk rendang ayam hanya perlukan masa 8 minit sahaja `high pressure' untuk ayam empuk. 

Selamat Mencuba. Garenti sedap dan menjilat jari di pagi raya. 

RESEPI RENDANG PEDAS BEREMPAH DAGING

Bahan-bahan A:
1 kg daging segar dipotong kecil anggaran 1 inci
2 batang serai dititik
1 paket kecil santan sawit KHALIS

Bahan-bahan B (dikisar dan dibuat pes):
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
4 - 5 biji cili padi untuk tambah pedas (ikut citarasa, tak wajib)
3 biji bawang besar saiz sederhana
3 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
4 batang serai - dihiris 
2 biji buah keras
Air secukupnya

Bahan-bahan C:
1 sudu besar serbuk rempah ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan D:
4 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - diracik halus
4 - 5 helai daun limau purut
2 - 3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perasa perencah Maggi Cukup Rasa)

Penyediaannya:

1.  Masukkan semua bahan A, bahan B, bahan C, dan bahan D di dalam periuk dalaman Noxxa.
2.  Kacau rata menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
3.  Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
4.  Sentuh fungsi `High Pressure' dan masukkan 30 minit. Sentuh butang `On'.
5.  Selepas 20 minit akan berbungi beep. Putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
6.  Kacau rata. Pada masa ini kondisi daging telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan bahan-bahan D dan kacau rata.
7. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
8.  Rendang daging ini boleh dialihkan ke periuk lain atau dibiarkan sahaja di dalam periuk Noxxa. Sekiranya inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah guna fungsi `Warm-Reheat'.


Ulasan

Susan berkata…
Really decent post. I have been checking out a few of your blogs and I love your this good stuff. Keep sharing. Can you guess how much these celebrities are worth? Test your knowledge with Celebrity net worth.

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.