Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

KARI KETAM DENGAN NANAS, TUMIS DARAT - Versi Periuk Noxxa

Assalammualaikum dan Selamat Santai di Hujung Minggu. Alhamdulillah dan selesai menikmati makan tengah hari. Hari ini Kak Noor masak menu yang dinantikan oleh Encik Hasben sejak semalam iaitu Kari Ketam Dengan Nanas, versi tumis darat. Semalam Encik Hasben beli ketam di Pasar Tani Setiawangsa. Bolehlah besar-besar juga ketamnya; enam ekor RM41. Biasalah harga ketam, mana ada yang murah. Tu lah tak boleh beli selalu. Isinya tak seberapa, berat pada kulitnya aje. Better beli ayam lagi. Tapi kalau tiap-tiap hari mengadap menu ayam, rasa jemu juga .  Kari ketam masih dalam di dalam periuk noxxa.  Senantiasa panas aje kuahnya.  Bila masak menu ketam ini, rasa kasihan pula kepada kedua-dua anak Kak Noor. Kita bila mendengar ibu nak masak ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat menikmati hidangan ini.  Tapi lain pula feedback daripada dia orang ni; tak teruja langsung sebab mereka alergik dengan masakan ketam. Dah pernah makan, bibir bengkak, te

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum. Finally, dapat juga makan bubur kacang hijau ni, walaupun siapnya dah malam. Buatnya taklah susah sangat, lebih-lebih lagi kalau ada periuk Noxxa, Penyediaannya lebih mudah dan cepat, 30 minit dah boleh dihidangkan. Mulanya plan nak hidangkan kepada tetamu bubur kacang hijau semasa majlis akad nikah anak Kak Noor hari Sabtu lalu. Masih banyak kacang hijau yang berbaki semasa buat bubur asyura tahun lalu.  Tetapi semasa membeli barangan untuk jamuan majlis akad nikah di pasar Keramat tempoh hari, ternampak pula pisang seakan-akan pisang tanduk yang digantung bersama pisang tanduk. Pasti rasanya sedap kalau dibuat serawa.  Penjualnya memberitahu ini bukan pisang tanduk, tetapi pisang Helang. Ia lebih kecil daripada pisang tanduk. Harganya lebih murah daripada pisang tanduk. Sekilo RM4 jika dibandingkan dengan pisang tanduk RM8 sekilo.  Pisang Helang atau Pisang Lang (Gambar hasil daripada google) Timbul pula idea nak masak serawa pis

Ayam Goreng Kunyit Kari Madu

Assalammualaikum. Menu tengah hari tadi, menu yang simple, cepat dimasak sedap dimakan. Walaupun simple tetapi amat menyelerakan. Ada pula sambal belacan dan tuang sedikit kicap lemak manis Enaq di atas nasi panas. Dah jemu makan lauk berkuah, sesekali makan lauk sebegini adalah satu kepuasan. Laju aje tangan ini menyuap ke mulut dan kalau diikutkan selera memang boleh bertambah nasi. Sedap dimakan bersama Kicap Lemak Manis ENAQ Memang banyak resepi ayam goreng kunyit yang Kak Noor sempat google. Majoriti resepi yang dikongsikan ayam tidak digoreng terlebih dahulu; terus ditumis bawang dan kemudian dimasukkan ayam. Untuk resepi ini isi ayam digoreng terlebih dahulu dan diketepikan. Semasa menumis dimasukkan sedikit daun kari bagi membangkitkan aroma nasi kandar. Nama pun orang Penang, aroma nasi kandar dalam masakan telah menjadi satu kemestian. Sebelum diangkat, masukkan pula sedikit madu. Pasti menyelerakan. Bagi yang gemar sayur-s

Puding Laici Tanpa Telur

Assalammualaikum. Salah satu pencuci mulut yang dibawa sebagai pot luck untuk jamuan kesyukuran di pejabat. Syukur Alhamdulillah hari ini dapat juga ditunaikan janji yang tertangguh lebih kurang setahun yang lalu kepada seorang adik di pejabat ini yang teringin sangat nak makan puding laici. Kebiasaannya bila membuat puding atau agar-agar, Kak Noor lebih suka menggunakan agar-agar stripe @ agar-agar tali.  Sejak zaman berzaman semasa zaman bonda Kak Noor lagi agar-agar tali digunakan untuk menyediakan juadah ini.  So Kak Noor tak berapa mahir dalam penggunaan agar-agar serbuk yang rata-rata mengatakan ia lebih mudah jika dibandingkan dengan penggunaan agar-agar tali.  Untuk resepi ini telur tidak digunakan.  Pun begitu rasanya tetap sedap.  Cukup sekadar hanya  menggunakan susu cair. Kalau tiada susu cair boleh digantikan dengan susu segar seperti Gooday. Tekstur puding ini tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, dan rasanya pula tidak terlalu