Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Lets Cook with Kicap ENAQ, Ayam Masak Kicap Cabai

Assalammualaikum. LETS COOK with Kicap ENAQ. Memang sedap sangat.  Siapa yang belum memiliki kicap ini bolehlah mencubanya. Kicap ini telah jadi viral di media masa.  Sejak dahulu lagi kita cuma mengenali kicap jenama Tamin, Jalen, dan Kipas Udang. Kini kicap terbaharu di pasaran iaitu Kicap ENAQ tidak kurang sedapnya, malah lebih sedap dan lebih ekonomik.  Sesuai dengan tag linenya `Tersedap, Bukan Termahal' kicap ini telah mula diterima oleh masyarakat. Kalau dulu kicap ini sukar didapati di pasar raya, tetapi sekarang ini mudah diperolehi di semua pasar raya ternama, malah di negara Berunai.    Produk Bumiputra dan Halal Toyibban. Thumbs-up to Kicap ENAQ dan ownernya  Hj Jaffar Abu Bakar (JAB). Kak Noor memang telah bertukar kepada kicap Enaq sejak kemunculannya di pasaran.  Masa itu kicap ini belum lagi dikenali ramai. Biasalah sebagai consumer, kita akan  beli jenama yang biasa kita beli; amat sukar untuk bertukar kepada jenama atau produk baharu yang lai

KEK BATIK EXTRAVAGANZA SEDAP (TOPPING COKLAT GANACHE, CHEESE DAN CHOCOLATE RICE)

Assalammualaikum. Dalam banyak-banyak posting,  Kak Noor cuma perasan ada satu sahaja N3 berkaitan kek batik yang dimuatkan dalam blog Kak Noor bertajuk Kek Batik Marie Ekspres. Ini bermakna kek batik marie memang jarang dibuat untuk kudapan famili, walaupun anak-anak begitu menggemari kek ini. Sebenarnya penyediaan dan cara membuatnya memang ringkas dan mudah, tak perlu guna oven, cuma disejukkan di dalam peti ais.  Kalau untuk resepi asas kek batik marie, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan memang telah tersedia stok di rumah. Cuma perlu beli bahan utamanya iaitu biskut marie. Pun begitu ada juga resepi yang menggunakan biskut disgestive. Tetapi untuk resepi kek batik ini Kak Noor lebih prefer menggunakan kombinasi biskut marie dan biskut tiger; kedua-duanya jenama Tiger.  Semasa kecil dahulu tak pernah tahu yang biskut marie boleh dibuat kek. Hmm...mungkin juga nenda tidak pernah membuatnya. Biasanya biskut marie ini Kak Noor buat ala-ala nestum. Cara