Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG, ADA KELAINAN CITARASANYA...

ASSALAMUALAIKUM.. Pagi tadi sempat masak Ayam Masak Merah Mamak Penang untuk keluarga sebelum pergi kerja. Biasalah kalau masakan mamak, rujukan Kak Noor ialah blog Mamak Haji Roslan (MHR). Selalunya Kak Noor masak Ayam Masak Merah aje, tak ada mamak Penang kat belakang.  Ayam Masak Merah ni memang favourite keluarga Kak Noor. Tetapi hari ini nak cuba cara masakan MHR pula. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan seperti lobak merah yang dikisar bersama cili dan tomato, badam kisar, dan juga bahan-bahan rempah seperti jintan manis, jintan putih, garam masala, dan kas-kas dalam masakan ini, sudah tentu ia menjanjikan suatu citarasa yang berlainan daripada ayam masak merah yang pernah Kak Noor masak sebelum ini. Tengok gambar pun dah rasa lapar.  Sedapnye.... sehingga menjilat jari.  Tak kisah le.. boleh makan bersama nasi putih, nasi tomato, nasi beriani ataupun nasi minyak.  Nak makan bersama nasi lemak pun boleh.  Menyelerakan.  Kak Noor suka makan lauk ini bersama nasi pan

THE MAKING OF `BUBUR ASYURA STAIL UTARA', RESEPI TURUN TEMURUN DARIPADA BONDA TERSAYANG.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya projek mengacau Bubur Asyura yang tergendala sejak dua minggu yang lalu berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan bantuan suami dan anak-anak. Sebenarnya bahan-bahan untuk Bubur Asyura ini telah dibeli dua minggu yang lalu dan rancang untuk membuatnya pada hujung minggu.  Tetapi sejak dua minggu yang lalu apabila banyak komitmen lain yang perlu didahulukan, maka projek ini tertunda. Bonda Kak Noor pesan kalau kita nak kacau Bubur Asyura mestilah dengan penuh minat dan relaks,  dan tak boleh tergesa-gesa.  Lagi satu mesti bertenaga, kalau letih dan tak larat tu, sebaik-baiknya tundalah pada hari yang lain. Proses penyejukan sebelum dimasukkan di dalam peti ais. Hari ini, Alhamdulillah diberi kudrat olehNYA untuk menyediakan Bubur Asyura ini. Dan lagi satu bonda Kak Noor pesan, kalau kita buat Bubur Asyura atau Bubur Lambuk, tak boleh makan sorang-sorang, mesti diberi kepada jiran-jiran sebagai suatu sedeqah. Ready for distribution

APA YE MENU MAKAN TENGAH HARI INI? JOM SINGGAH DI SAJIAN DAPUR BONDA..

Assalamualaikum dan Selamat Menjamu Selera. APA YE MENU MAKAN TENGAH HARI INI? Itulah tajuk N3 Kak Noor tengah hari ini. Hari ini hari Sabtu, waktu berehat dan waktu untuk bersantai bersama keluarga. Bila telah bertambah usia ( H A P P Y   B I R T H D A Y T O M E T O D A Y ) , sentiasa tunggu hari cuti aje.. siap count down setiap hari.    Hari ini hari lahir Kak Noor yang ke-48 tahun.  Bertambah usia setahun lagi. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan diberi rezeki oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini bersama-sama insan tersayang.  Masih dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata.  Tiada apa-apa sambutan `awesome' yang dirancang, cuma ucapan hari lahir daripada bonda, anakanda-anakanda, adinda-adinda, dan sahabat handai yang memberi ucapan melalui telefon dan melalui akaun Facebook sama ada di wall atau di inbox.  Itu sudah cukup sempurna bagi Kak Noor. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih ada orang-orang di luar sana yang mengingati

AISKRIM - nostalgia zaman kanak-kanak, tetapi masih menjadi kegemaranku...

Lemak, manis, dingin, hmmmm.... sedapnya Aiskrim. Bukan saja kanak-kanak, orang yang dah berusia macam Kak Noor ni pun masih minat nak makan aiskrim. Bila cerita pasal aiskrim, terimbau kembali zaman kanak-kanak dulu. Kebiasaanya bila apek aiskrim lalu, menggoyang loceng `ting,ting,ting', terus Kak Noor meluru turun tangga menjerit `aiskrim, aiskrim... tunggu!' Bila apek aiskrim berhenti, ramailah kanak-kanak seangkatan dengan Kak Noor turut berkerumun di sekeliling basikal roda tiga apek aiskrim. Tidak menang tangan apek melayan tetamu-tetamu kecil ini. Jenama aiskrim yang famous pada masa itu ialah Walls dan Magnolia. Gambar hiasan:  Lebih kurang beginilah basikal roda tiga yang digunakan oleh apek aiskrim  (tidak termasuk orangnye ok!) Kebiasaannya Kak Noor beli aiskrim kon atau aiskrim potong aje... (seperti gambar di bawah).  Itulah saja yang termampu dibeli, baki dari duit saku sekolah yang tidak dibelanjakan.  Ada perisa durian, jagung, vanilla, co

Kobis Goreng Mamak

Assalamualaikum Hari ini Kak Noor nak syer resepi sayur yang wajib ada di restoran nasi kandar. Bagi mereka yang gemar menjamu selera di restoran nasi kandar, sudah tentu menu ini tidak asing lagi. Menu yang dimaksudkan ialah Kobis Goreng Mamak. Resepi ini di`cedok' daripada blog Mamak Haji Roslan. Siapa tak kenal Mamak Haji Roslan. Kalau yang suka memasak dan selalu blogwalking mencari resepi terutamanya masakan ala mamak, sudah tentu mengenali Mamak Haji Roslan yang terkenal di persada masakan mamak/nasi kandar. Beliau juga tidak `lokek' berkongsi tips-tips masakan, dan ada aje berita sensasi dan terkini yang diposkan untuk dikongsi bersama. Sebelum ke resepinya, Kak Noor ingin berkongsi maklumat mengenai kobis yang Kak Noor dapati daripada blog Mamak Haji Roslan. Bagus juga info ini. Jom kita go thru dulu sebelum ke resepinya.  Secara kajian saintifik, KOBIS yang dikukus boleh menurunkan kadar kolestrol dengan drastik kerana sayur kobis mengandungi

Kari Ayam Dengan Rebung Madu

Assalamualaikum dan Selamat Malam. Ini adalah N3 pertama untuk bulan November.  Sejak kebelakangan ini agak sibuk; ke hulu dan ke hilir menguruskan hal anak-anak.  Letih dan tak sempat menatap komputer.  Minda pun turut letih, tak ada idea nak mulakan bicara. Sekerat jalan, terkandas. Kalau nak letakkan resepi sahaja tanpa berceloteh, Insya Allah boleh saja... Tapi rasa tak sempurna pula kalau Kak Noor tak berceloteh sebelum memberi resepi, walaupun hanya sepatah dua kata. Hari ini Kak Noor ambil 1/2 day leave. Kerja setengah hari aje.. Walaupun dah berusaha untuk bertahan, tetapi akhirnya terpaksa `surrender' juga  kerana  terlampau letih sangat minda dan kesihatan pun turut terganggu sejak kebelakangan ini. Badly needs rest. Sejak awal bulan Oktober lalu banyak travel; ke Kuantan menghadiri konvokesyen anak perempuan, kemudian ke Dungun Terengganu mengambil anak lelaki yang bercuti semester, dan kemudian menghantar anak lelaki (anak keempat berusia 15 tahun) mengikuti peng