Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

PAJERI NANAS

Hari ini masak agak ringkas aje.  Sepulangnya dari pejabat Kak Noor tak singgah mana-mana sebab nak cepat-cepat sampai ke rumah untuk memasak. Rugi kalau nak beli lauk instant sebab semalam Kak Noor dah borong banyak lauk dan sayur-sayuran di NSK.  Hari ini nak cepat-cepat habis masak, kemudian bolehlah relaks sementara menunggu waktu berbuka. Sejak di pejabat tadi dan berangan-angan nak masak pucuk manis lemak putih sahaja.  Tetapi bila buka peti sejuk ternampak nanas yang masih berbaki sebelah,   baki dari nanas yang digunakan untuk rencah  kari ikan kering talang semalam.  So...tukar menu nak masak pajeri nanas sahaja.  Lagipun ada ikan kering tenggiri jeruk.  Goreng aje.... Itulah gandingannya.  Sedap tu... Bahan-bahannya: 1/2 biji nanas manis  - dipotong bulat atau separa bulat, jangan nipis sangat 2 sudu besar kerisik 1 cawan pati santan - dicampur dengan 2 cawan air 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula Garam secukup rasa 2 biji cili hijau - dibelah me

KARI IKAN KERING TALANG DENGAN NANAS (TUMIS DARAT)

Letih sangat hari ini.  Sejak dari bangun sahur pagi tadi sehinggalah ke saat jari jemari ini menari-nari di atas papan keyboard.  Sebenarnya Kak Noor dan hubby baru pulang dari menghantar anakanda berdua pulang ke teratak masing-masing; seorang di Serdang dan seorang lagi di Ulu Langat.  Tengah hari tadi mereka pulang untuk bersama-sama  berbuka puasa bersama ayahanda dan bonda mereka.  Sebab itulah hari ini pagi-pagi lagi selepas Subuh Kak Noor dan hubby ke NSK Selayang untuk membeli lauk-pauk untuk dimasak pada hari ini.  Hari ini ada masakan special sedikit iaitu Kari Ikan Kering Talang; request daripada anakanda yang sulung sejak minggu lalu lagi. Justeru itu sebelum mata ini terpejam lena, Kak Noor ingin berkongsi resepi Kari Ikan Kering Talang yang Kak Noor masak sebagai menu utama hidangan berpuasa tadi.  Dihidang pula dengan beberapa menu sampingan yang lain iaitu sambal ikan bilis petai, sayur goreng kangkung, dan sambal belacan beserta ulam.  Memang berselera sungguh se

KOAY TEOW GORENG UDANG

Assalamualaikum.... syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNYA dapat lagi Kak Noor memuatkan resepi untuk tatapan semua pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.  Hari ini ialah hari kelapan umat Islam berpuasa. Syukur Alhamdulillah.... masih dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang ketiga. Hujung minggu begini bolehlah santai sedikit sebab cuti.  Tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan segera masih boleh ditangguhkan. Tidak perlu tergesa-gesa dan `membanting tulang" sebab esok masih cuti.  Anak-anak pun selepas sahur  dan menunaikan solat Subuh terus menyambung tidur mereka.  Bolehlah bangun lewat sebab tidak bersekolah. Apa menu untuk berbuka puasa hari ini ye?  Rasanya tak berselera sangat nak makan nasi.  Semalam selain menghidang nasi, Kak Noor sempat juga menggoreng mee mamak.  Sebungkus mee aje.... sebab tak ramai orang kat rumah.  Tahun ini tiga orang anak Kak Noor berpuasa di `perantauan'.  Bila masak tu... teringat kat dia orang, dan

TOMYAM AYAM ALA THAI

Hari ini telah masuk seminggu kita berpuasa.  Mungkin berasa keletihan sedikit sebab cuaca di luar amat panas sekali.  Kalau semasa di pejabat sejuk aje... rasa air con.  Bila dah keluar pejabat, barulah terasa kepanasannya.  Semuanya dugaaan daripadaNYA. Kalau hari ini kita tidak tahan menghadapinya, bagaimana pula semasa di padang Mashyar nanti,  panasnya seakan-akan matahari berada sejengkal dari kepala kita. Bagi  ibu-ibu yang bekerja di pejabat pada bulan Ramadhan ini, tentu terasa penat. Semuanya nak `rushing' balik awal sebab ada tugas khas yang masih menanti di rumah, iaitu menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Topik yang selalu menjadi perbincangan hangat sesama ibu di pejabat `nak masak apa hari ni ye!’ Pening juga memikirkan apa yang hendak dimasak untuk keluarga pada setiap hari. Bagi ibu-ibu yang kepenatan, mungkin mengambil jalan  mudah semasa berbuka puasa nanti iaitu membeli lauk-pauk `instant’ yang dijual di gerai sahaja. Pelbagai lauk pauk dan

KARI UDANG

Bahan-bahannya:  ½ kg. udang 15 batang sayur kacang buncis – dipotong serong 1 biji buah tomato – dibelah 4 Cili merah – dibelah dua 1 keping asam gelugor (asam keping) Garam, gula dan serbuk perasa Bahan-bahan dikisar: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 sudu besar serbuk rempah daging ½ inci halia Bahan-bahan tumis: 3 biji bawang kecil – dihiris 3 ulas bawang putih – dihiris 1 inci halia - dihiris 1 sudu kecil jintan manis 1 tangkai daun kari Minyak untuk menumis Penyediaannya: 1. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk rempah daging bersama dengan air secukupnya di dalam blender. Kisar lumat sehingga menjadi pes. 2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang kecil, bawang putih, halia, jintan manis, dan daun kari sehingga layu. 3. Kemudian masukkan pes rempah dan kacau. Masak sehingga rempah garing (terbit minyak). 4. Masukkan santan dan kacau. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa. Masak sehingga kuah mendidih.

CAPATI TWISTER

Sumbangan resepi oleh: Anakanda Feefa Resepi capati twister ini adalah ciptaan anakanda sulung Kak Noor yang sekarang ini sedang menjalani latihan praktikal di MARDI dan tinggal di Serdang.  Minggu lalu dia pulang ke rumah untuk menyambut puasa bersama keluarga.  Anakanda Kak Noor sorang ni memang pandai mencipta makanan-makanan seperti ini.  Kena dengan selera dia dan adik-beradik yang lain.  Cuma Kak Noor yang malas menyediakan makanan seperti ini.  Maklumlah usia pun dah nak mencecah separuh abad, tak berapa berselera sangat dengan menu seperti ini.   Kalau nak tengok dia rajin ke dapur, belilah bahan siap-siap dan simpan dalam peti sejuk.  Pandailah dia `kerja'kan nanti. Ok jom kita tengok bahan-bahan yang anakanda Kak Noor gunakan: Bahan-bahannya: 6 keping roti capati instant perasa garlic (terdapat berbagai-bagai jenama di pasar raya) Salad Parutan keju jenama Cheddar (Cheddar cheese shredded) Sos cili Sos Salad Thousand Island – (Kak Noor guna jenama Lady

BENDI GORENG SOUN

Bahan-bahannya: 10 batang bendi – dibasuh dan dipotong serong 1 paket kecil soun – direndam dahulu sehingga kembang, kemudian ditoskan. 1 sudu kicap manis Garam dan serbuk perasa Minyak untuk menumis Bahan-bahan ditumbuk: 3 – 4 biji cili merah Udang kering atau ikan bilis 3 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih Penyediaannya: 1. Bendi dibasuh terlebih dahulu. Kemudian dipotong serong. Jangan nipis sangat. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing sedikit. 3. Selepas itu masukkan sedikit air dan kicap manis. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. 4. Masukkan bendi dan soun.  Kacau sebati sehingga bendi bercampur dengan soun. Bila bendi telah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Jangan masak sampai bendi layu.

DAGING MASAK KICAP LADA HITAM BERKENTANG

Bahan-bahannya: *1/2 kg. daging isi dipotong kecil - Kak Noor guna daging tempatan *1 paket perencah lada hitam MAGGI *1 sudu besar gula perang (*Bahan-bahan disatukan dan diperap) 3 - 4 biji ubi kentang - dibuang kulit dan dipotong wedges 2 biji bawang besar - dipotong bulat 1 biji buah tomato - dibelah empat Daun sup/daun bawang Bahan-bahan Tumis: 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis. Penyediaannya : 1.  Daging diperap dengan perencah lada hitam MAGGI dan 1 sudu besar gula.  Ketepikan selama 1 jam.  Lebih elok diperap semalaman dan dimasukkan di dalam peti sejuk. 2.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari diikuti dengan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. 3.  Masukkan daging yang telah diperap dan air secukupnya.  Masak sehingga daging empuk. 4.  Setelah daging empuk, masukkan kicap pekat manis dan air secukupnya bergant

IKAN KEMBUNG BAKAR (PERENCAH IKAN BAKAR ADABI) & AIR ASAM BONDA

Di bulan Ramadhan ini ramai orang yang suka berbuka puasa dengan ikan bakar kan! Walaupun harga ikan bakar yang dijual di bazar Ramadhan mahal harganya, namun orang ramai sanggup beratur panjang untuk membelinya.  Apa lagi kalau gerai yang menjual ikan bakar tu menyediakan air asam yang cukup power.  Sudah tentu gerai berkenaan akan menjadi tumpuan setiap hari. Bercakap pasal ikan bakar ini, ada sebuah kedai ikan bakar yang terletak di pasar Datuk Keramat. Memang menjadi tumpuan orang ramai dan famous di kalangan penduduk yang tinggal di sekitar Keramat.  Ikan-ikannya memang segar belaka.  Ada ikan kembung besar, ikan pari, ikan terubuk dan ikan cencaru.  Walaupun harganya agak mahal (contohnya ikan pari harganya RM18.00) tetapi pelanggan tak kisah dan gerai tersebut senantiasa menjadi tumpuan. Cara ikan dibakar iaitu dibalut terlebih dahulu dengan daun pisang dan kemudian dibakar di atas kuali leper dengan menggunakan marjerin sudah cukup menaikkan selera.  Ketika dibakar aromanya..

Kailan Goreng Ikan Masin dan Cendawan

(Hidangan untuk 4 –  6 orang) Bahan-bahannya: 2 ikat sayur kalian – potong dan asingkan batang dan daun 1 ketul ikan tenggiri jeruk 1 biji bawang besar – dihiris 4 ulas bawang putih – diketuk 1 biji cili merah – dihiris serong *4 biji cendawan segar `Shitake' – dipotong kecil (Kak Noor beli di pasar raya Jaya Jusco - sila lihat gambar) 2 sudu makan sos ikan 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil gula 2 sudu besar minyak kelapa (*direndam di dalam air yang dicampur dengan sedikit garam selama 15 minit. Kemudian dibilas bersih) Penyediaannya: 1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Goreng ikan tenggiri jeruk sehingga agak garing. 2.  Masukkan bawang besar, bawang putih, dan cili merah di dalam kuali dan kacau sehingga layu. 3.  Kemudian masukkan cendawan, sos ikan dan sos tiram.  Gaul seketika. 4.  Masukkan sedikit air untuk kuahnya, kemudian diikuti dengan batang kailan dan sayur. 5.  Kacau sekejap, dan bolehlah dihidangkan. Inilah cendawa

Marhaban Ya Ramadhan 2012

"Marhaban Ya Ramadhan" Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Semoga hidup kita selalu diberkati  di bulan yang penuh mahrifa Selamat Berpuasa Kak Noor ucapkan kepada semua pengunjung blog Sajian Dapur Bonda. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan tahun ini.  Semoga segala amalan ibadat kita di bulan yang mulia ini dan bulan-bulan yang seterusnya diterima oleh Allah S.W.T. dan dosa-dosa diampunkan.  Semoga kita senantiasa dirahmati dan  diberi hidayah olehNYA.   Insya Allah . Di bulan Ramadhan yang mulia ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingkatkan kepada rakan-rakan semua dan diri Kak Noor sendiri supaya tidak membazir bila tiba waktu berbuka.Sepatutnya pada bulan Ramadhan inilah kita boleh berjimat cermat kerana kita perlu mengeluarkan belanja untuk makan pagi, makan tengah hari, dan makan petang.  Kita  cuma perlu berbelanja untuk makan malam sahaja; dalam erti kata yang lain untuk berbuka puasa sahaja.  Tetapi a