Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

DAPNYA.... RESEPI KARI AYAM PEKAT TANPA SANTAN STAIL KENCANA DEWI

Assalamualaikum. Ramadhan yang ke-17 dan hari ini adalah cuti am Hari Nuzul Al-Quran bagi semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan,dan Sabah & Sarawak. Alhamdulillah dah sampai pertengahan bulan Ramadhan rupanya.  Seperti biasa bagi isteri@ibu mesti memikirkan juadah yang bakal dihidangkan untuk berbuka puasa nanti.  Ada masanya tekak ini dah jemu makan nasi semasa berbuka dan teringin nak berubah selera. So bazar Ramadhanlah tempat yang dituju. Di sana bermacam-macam menu ada, kalau ikutkan selera semua nampak sedap dan hendak dibeli.  Tetapi selepas berbuka makan sedikit pun dah kenyang.    Sebenarnya tiada idea nak masak apa hari ini. Teringat video tutorial kari ayam pekat tanpa santan stail Kencana Devi yang diposkan dalam FB. P agi tadi Encik Hasben ada beli ayam. Hmm.. Alhamdulillah dah siap dibasuhnya dan digaramkunyitkan lagi masa kita melelapkan mata sejenak pagi tadi.  Encik Hasben minta kita masakkan sup ayam aja, tapi bila tengok semua ayam