Assalammualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Bersama Keluarga. Alhamdulillah minggu ini free, tak ke mana-mana. Jemputan kenduri kahwin pun tak ada minggu ini. Kalau tidak sejak bulan September lalu setiap minggu ada aje jemputan kenduri kahwin daripada kawan-kawan. Al maklumlah geng-geng seangkatan semua dah 50 series, masing-masing ada anak bujang dan anak dara. Selain sibuk memenuhi jemputan kenduri kahwin, Kak Noor ada juga menerima tempahan daripada kawan-kawan di hujung minggu; sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan. Hari ini rasa macam nak makan menu berkuah yang boleh dihirup; rasa pedas dan masam secukup rasa. Makan bersama nasi panas memang sedap. Kak Noor pun google cari dalam You Tube video yang memaparkan cara-cara memasak Tom Yam Seafood. Video yang pertama muncul ialah Tom Yam Seafood oleh Bonda Rozita Ibrahim. Antara bahan-bahan yang digunakan Bagai pucuk dicita ulam mendatang, memang berminat dengan cara masakan bonda Rozita
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com