Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Puding Aiskrim Oreo Thins Lemon Cheesecake

💕Assalammualaikum💕 Agak lama tak update blog SDB ini. Ada beberapa resepi masakan yang masih pending dan berstatus draf dalam blog ini.  Biasanya Kak Noor akan muatkan resepi dahulu dalam blog sebagai draf, kemudian bila ada masa terluang baru dimasukkan foto-foto yang berkaitan.  Puding Aiskrim Oreo Thins Lemon Cheesecake, salah satu menu pot luck yang Kak Noor sempat sediakan untuk majlis jamuan hari raya di pejabat Kak Noor. Amboi gah sungguh nama resepi ni kan😅   Pada hakikatnya, resepinya lebih kurang sama aje dengan  puding biskut oreo yang terdapat di laman-laman web masakan, cuma yang kelainannya Kak Noor mengolahkannya menggunakan biskut Oreo Thins  yang masih baharu di pasaran.  Just nak tonjolkan nama biskut oreo yang masih baharu di pasaran supaya penggemar-penggemar biskut oreo mengetahui akan kewujudannya.   Terdapat tiga perisa baharu iaitu lemon cheese cake, vanilla delight, dan tiramisu.  Biskutnya lebih nipis daripada biskut Oreo biasa dan