Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

CHOCOLATE MOIST CAKE (KEK COKLAT LEMBAB) DENGAN COKLAT GANACHE

Assalammualaikum. Hari ini Kak Noor nak kongsi resepi chocolate moist cake yang marvelous dan awesome. Tapi the originality of the receipe bukanlah daripada dapur Kak Noor. Resepi ini Kak Noor temui dalam FB semasa sedang tercari-cari resepi chocolate moist cake yang paling sedap. Terdapat banyak versi yang dipostkan dan semuanya nampak sedap belaka. Kalau nak dicuba setiap resepi mestilah tak laratkan, so kita pilih secara rambang sahaja,  tengok post yang paling banyak mendapat komen positif daripada rakan-rakan FB. Semalam Kak Noor telah mencuba resepi ini untuk seorang pelanggan tetap Kak Noor yang selalu order kek coklat. Ternyata kejadiannya cukup sempurna. Keknya lembut dan moist walaupun dibakar. Caranya pun lebih mudah, tak perlu guna mixer. Sesiapa yang tiada mixer di rumah, masih boleh juga sediakan kek coklat ini.  No excuse ye... Untuk tempahan kek coklat moist sebelum ini Kak Noor menggunakan resepi yang sedia ada dalam koleksi kek dalam Sajian Dap