Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Agar-agar Pandan Lumut

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Semoga pagi Selasa ini membawa keceriaan dan keriangan kepada pengunjung-pengunjung blog Sajian Dapur Bonda. Pagi ini nak kongsi dengan kekawan semua resepi Agar-agar Pandan Lumut. Sebenarnya agar-agar ini Kak Noor buat dan bawa ke pejabat sebelum puasa lagi, tetapi tak sempat nak update dalam blog. Tetapi dalam FB Sajian Dapur Bonda telah Kak Noor poskan gambar-gambarnya, cuma tidak disertakan resepi sahaja. So pagi ini baru nak karang resepi. Resepi ini berpandukan kepada resepi asal Agar-agar Lumut oleh rakan FB CT Hajar. Cuma Kak Noor olahkannya mengikut citarasa dan kesesuaiannya. Resepi ini boleh dapat dua adunan bersamaan dua acuan yang Kak Noor gunakan. Agar-agar Pandan Lumut Olahan:  Kak Noor, Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan A: Agar-agar tali 50 gm 2 cawan gula pasir 6 cawan air Bahan-bahan B (disatukan dan diblend): Untuk dijadikan air daun pandan 2 cawan air suam 12 hela

Buah Cempedak ranum, sedap juga dibuat PUDING CEMPEDAK

Assalamulaikum. Sekarang ini musim buah cempedak dan durian di sebelah Utara. Semasa Kak Noor pulang berhari raya di Seberang Perai, Pulau Pinang dan Baling, Kedah tempoh hari, terdapat banyak buah durian dan cempedak yang dijual di tepi-tepi jalan. Kak Noor memang `antu' cempedak sejak kecil lagi. Biasanya suka makan segar begitu sahaja. Memang berhasrat balik raya ini nak beli buah durian dan buah cempedak bawa balik ke Kuala Lumpur. Syukur dan beruntung bagi orang-orang yang mempunyai dusun durian dan cempedak.  Dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Baling, Kedah,  Kak Noor sempat singgah di rumah mak mertua sepupu Kak Noor di Junjung, Kedah. Rumah kampung, dikelilingi dengan pokok rambutan, ada dusun durian dan cempedak. Sesekali masuk ke kampung, terasa tenang dan damai dengan suasana dan persekitarannya. Al maklumlah Kak Noor ni tak ada kampung.  Bagi orang-orang yang mempunyai dusun buah-buahan, mereka sendiri telah jemu nak menjama

LALA MASAK PEDAS, MASAM & MANIS

Assalamualaikum. Letih seharian tidak terkira selepas kembali ke teratak KL semalam setelah empat hari berada di Utara beraya bersama bonda dan sanak saudara. Walaupun `pilot' adalah Encik Hasben, tetapi co-pilot pun letih juga kerana bersengkang mata menemani Encik Hasben di sepanjang perjalanan. Kebiasaannya Kak Noor akan ambil cuti extra 1 hari untuk berehat di rumah sebelum masuk kerja. So dapatlah mendobi pakaian-pakaian yang terhimpun selama 4 hari 3 malam itu.   Selepas membasuh, proses mengutip, melipat, dan menyusun pula. Aduhai letihnya.... masa jalan seronok le... Letih membereskan kerja rumah, ertinya nak masak untuk makan tengah hari pun dah tak berapa bersemangat. Bila tanya Encik Hasben dan anak-anak, dia orang pun masih kenyang bersarapan dengan nasi lemak pagi tadi. So semua tak nak makan tengah hari ini. Alhamdulillah... so dapatlah berehat sebentar dan masak di sebelah petang. Sehari sebelum pulang berhari raya di Utara Jumaat lalu

Puding Nangka

Assalamualaikum dan Selamat Malam. Telah agak lama tiada N3 terbaharu dalam blog ini.  Memang terasa amat rindu sangat untuk mencatatkan sesuatu dalam blog ini.   Ini adalah kerana ketidaksempatan waktu untuk Kak Noor berceloteh lama-lama di hadapan komputer ini.  So malam ini digagahi juga jari jemari ini untuk mencatatkan sesuatu buat rakan-rakan yang selalu kunjung singgah di blog ini.  Maaf sekiranya pada setiap kali kunjung singgah masih dihidangkan dengan resepi yang sama.     Pun begitu ini bukan bererti Kak Noor terus sunyi sepi daripada menyajikan resepi terbaharu untuk tatapan para pengunjung blog ini. Sejak dua bulan ini banyak daripada resepi diposkan dalam FB Sajian Dapur Bonda.  Ini adalah lebih mudah bagi rakan-rakan untuk mengaksesnya kerana majoriti mempunyai FB . Malam ini Kak Noor nak kongsi satu resepi puding yang jarang dibuat.  Puas juga Kak Noor blogwalking untuk mencari resepi puding nangka sebagai guideline tetapi ternyata amat sedikit seka