Masakan yang ringkas dan sesiapa pun boleh memasaknya. Pakai campak-campak aje dan siap untuk dimakan. Walaupun nampak mudah, tetapi kalau tak pandai masak, bendi akan berlendir. So... supaya bendi tak berlendir, sebelum memotongnya hendaklah dibasuh bersih dahulu ye. Jangan potong dulu baru dibasuh. Bendi pula mestilah yang muda dan kita mesti pandai memilihnya. Sila lihat tips cara memilih bendi yang elok. Bahan-bahannya: 1/2 bendi dipotong serong Segenggam ikan bilis atau udang kering 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 biji cili merah - dihiris Kicap manis secukupnya Garam secukup rasa 1 sudu besar minyak untuk menumis Cara-caranya: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis ikan bilis/udang kering sebentar, diikuti dengan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bendi diikuti dengan kicap manis dan hirisan cili merah. Kacau rata dan goreng sehingga bendi masak, tetapi jangan sampai layu. Telah
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com