Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Ayam Masak Sos Tiram dan Cendawan

Menu ini faveret anak perempuan Kak Noor yang bongsu.  Tetapi dia lebih suka meratah cendawan tiram sahaja.

Ayam Tiga Rasa Bonda

Ayam Tiga Rasa Bonda, sesuai dihidangkan bersama nasi beriani.

Sotong Kari Masala

Assalamualaikum. Dah malam begini, baru berpeluang mengadap komputer untuk memasukkan resepi menu tengah hari tadi, iaitu Sotong Kari Masala.  Dah lama tak masak menu menggunakan sotong ini.  Maklumlah sotong sekarang pun dah mahal.  Kalau beli yang fresh sekilo mencecah sehingga RM22 sekilo. Tetapi kalau yang tak berapa fresh dapatlah dibeli dengan harga RM17.00 sehingga 18.00 sekilo. Teruja apabila tengok sotong yang fresh ini, tetapi itulah kena fikir dua tiga kali, sebab kalau nak beli sekilo memang tak cukup.  Sekali dihidang, dah tinggal kuah.  Kalau difikir-fikirkan lebih baik beli ayam aje.... Tetapi disebabkan teruja dengan kesegarannya, maka beli jugalah walaupun RM22 sekilo.  Hari itu Kak Noor beli 1.5 kilo.  Saiznya sederhana dan banyak ekor jugalah.... puas hati sebab ada telur di dalamnya.  Tetapi bila dah masak, alamak dah tinggal sikit;  sotong dah kecut!  Cara memasak sotong kari masala ini lebih kurang sama juga seperti  masak sotong kari, cum