Ikan Masak Lemak Kuning, adalah menu tengah hari tadi. Resepi ini adalah warisan daripada nenda Kak Noor dan merupakan sajian orang Utara. Kebiasaannya bila kita masak ikan masak lemak kuning, kita akan gunakan cara merebus sahaja seperti masak lemak cili padi. Kunyit pula kita gunakan kunyit hidup. Tetapi ikan masak lemak kuning yang ingin Kak Noor kongsikan lain sedikit cara memasaknya. Selain menggunakan serbuk kunyit menggantikan kunyit hidup, cara memasaknya pula kita gunakan`method' menumis. Memandangkan hanya ikan selar sahaja yang ada di dalam peti sejuk, maka Kak Noor hanya gunakan ikan yang sedia ada. Tetapi lebih sedap kalau dapat ikan tenggiri dan ikan tongkol. Digoreng dulu garing-garing barulah sedap sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Sememangnya sejak kecil lagi, bila nenda dan bonda masak ikan masak lemak kuning, mereka gunakan cara menumis. Bila Kak Noor dah berhijrah ke Kuala Lumpur baru Kak Noor didedahkan kepada method cara mere
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com