Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

ISTIMEWA UNTUK PEMINAT-PEMINAT POKOK BUNGA KRISTAL

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua. Malam ini Kak Noor gagahi juga untuk update blog SDB.  Sebenarnya mata dah mengantuk tetapi demi mengingati janji Kak Noor kepada rakan sepejabat petang tadi, maka digagahi juga jari jemari ini menekan aksara.  Bukan resepi yang hendak di update, tetapi sesuatu yang agak istimewa untuk pengunjung-pengunjung blog SDB, iaitu trend gubahan masa kini; pokok bunga kristal.  Cantik dijadikan hiasan di dalam rumah mahupun di pejabat. Mungkin telah jemu dengan resepi dan gambar masakan, apa kata kita ubah selera dengan menatap  gubahan pokok bunga kristal `handmade' hasil kreativiti rakan sepejabat yang bernama Shikin. Beliau adalah seorang  wanita yang mempunyai citarasa yang `super' dan kreatif bila menghasilkan sesuatu. Dengan melihat sesuatu barangan itu, beliau  akan dapat mempelajarinya dan membuatnya dalam waktu yang singkat.  Mahir  menjahit baju kurung, tudung, dan manik.  Jahitannya memang diiktiraf melampaui piawaian.  Ini

Puding Roti Jagung Ekspres

Assalamualaikum. Inilah puding roti jagung yang boleh disediakan dalam tempoh yang singkat. Cepat dan mudah. Bahan-bahan A:  25 gram agar-agar strip – Kak Noor guna jenama layang-layang 700 ml air (untuk memasak agar-agar) 2 cawan gula putih 2 sudu besar gula perang Bahan-bahan B: (Disatukan dan diblender) 1 tin jagung manis ala krim – apa-apa jenama pun boleh 1 tin susu sejat 1/4 cawan air 3 keping roti putih gardenia 1 biji telur 1 sudu esen vanilla 2 sudu besar tepung kastard Penyediaannya:  1. Rendam agar-agar di dalam air selama lebih kurang 10 minit (supaya agar-agar lembut). Kemudian dibasuh dan ditos. Ketepikan. 2. Roti gardenia dicarik-carikkan dan direndam di dalam susu sejat sehingga lembut. 3. Satukan bahan-bahan B di dalam blender dan kisar semua bahan sehingga lumat dan sebati. Cara-cara Memasaknya: 1. Masukkan 700 ml air dan agar-agar di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut. 2

Pajeri Nanas Berempah (Santan Sawit KHALIS)

Emm... sedapnya nanas tu...  terasa kemanisannya walaupun sekadar gambar hiasan.   Sedap jika dimakan begitu sahaja, dicicah dengan kicap ataupun dibuat pajeri nanas. Itulah nanas Sarawak.  Walaupun harganya agak mahal sedikit, tetapi berbaloi kalau kita gunakan ia untuk masakan pajeri nanas. Bila masuk ke mulut, terasa keseimbangan rempah dan manisnya.   Kalau zaman Kak Noor kecil-kecil dulu, pajeri nanas berempah ini adalah salah satu menu wajib dalam masakan kenduri kahwin di Utara. Tapi tukang masak taklah guna nanas Sarawak, nanas biasa aje... Menu sampingan lain yang sering digandingkan ialah kurma daging, ayam masak merah, kari daging, dan dalca. Semua menu ini dimasak di dalam periuk kawah. Sedapkan! Lauk senantiasa panas sehingga ke malam hari kerana terdapat bara api yang memanaskan periuk kawah ini. Dihidangkan pula dengan nasi minyak. Wau! memang sedap sehingga menjilat jari. Cara hidangannya pula bukan bufe seperti sekarang ini, tetapi cara hidangan;

Sayur Goreng (Kacang Buncis dan Cendawan Tiram)

Assalamualaikum... Just nak kongsi resepi mudah ini. Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi dan diratah begitu sahaja.  Anak-anak kecil pun suke... Jom tengok resepinya. Tak sampai 10 minit dah siap satu hidangan (dengan syarat semua bahan telah siap disediakan). Bahan-bahannya: Kacang buncis Cendawan tiram Fucuk - direndam sehingga lembut, dibasuh dan ditoskan. 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar serbuk lada hitam Gula dan garam secukup rasa 2 sudu besar minyak Bahan-bahan tumis: 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih - dicincang 1 biji cili merah - dihiris Sedikit ikan bilis/udang kering Cara-cara memasaknya: 1.   Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis ikan bilis, diikuti dengan bawang besar, bawang putih, dan cili merah sehingga layu. 2.   Masukkan kacang buncis dan sos tiram, dan kacau.  Selang satu minit masukkan cendawan tiram, fucuk, serbuk lada hitam, gula dan garam.  Kaup balikkan sehingga semua bahan masak dan mesra.  Jangan sampai sayur layu.