Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Rendang di Aidil Fitri, Rendang Pedas Berempah Daging (menggunakan periuk noxxa).

Assalammualaikum. Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam di bulan Ramadhon Al-Mubarak 1439 Hijrah. Semoga tahun ini bukanlah Ramadhon yang terakhir bagi kita. Mohon supaya kita dipanjangkan umur ibadah dan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhon pada tahun hadapan. Esok lebaran 1 Syawal bakal menjelma menandakan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Di ruangan ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun kita hanya bertemu di persada percoretan blog ini, mungkin terdapat penulisan atau entry Kak Noor yang mungkin menyinggung atau mencetus ketidakpuasan hati pembaca sekalian. Tahun ini pada hari raya pertama Kak Noor beraya di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah esok pagi selepas solat Hari Raya Aidil Fitri Kak Noor akan bertolak pulang ke Alma menjengok bonda. Semasa anak-anak masih kecil, dua atau tiga hari sebelum raya Kak Noor sekeluarga dah bali