Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Dessert @ Pencuci Mulut Puding Kacang Merah ABC

Assalammualaikum. Selamat malam semua. Esok cuti, syukur Alhamdulillah. Malam ini dapatlah Kak Noor mencuri sedikit masa untuk memuatkan resepi pencuci mulut yang jarang sangat orang buat dibandingkan dengan puding laici, puding jagung, puding coklat, puding oreo dan puding-puding viral yang lain. Memang agak kurang resepi puding kacang merah atau agar-agar merah ini apabila kita google. Mungkin disebabkan ia tidak digemari oleh anak-anak, maka kaum ibu jarang membuatnya.  Tetapi ia memang realiti kerana anak-anak Kak Noor pun kurang menggemarinya. Nasib baik separuh daripada loyang telah dibawa ke pejabat untuk dijamu kepada kawan-kawan. Dah tiga hari buat, masih berbaki 1/4 loyang di dalam peti sejuk. Bila ditanya kenapa tidak habiskan puding kacang merah yang ibu buat, kata mereka tak suka rasa kacang merah tu. Kak Noor rasa puding ini rata-rata yang menggemarinya hanyalah kaum ibu. Sebab apabila Kak Noor muatkan gambar puding kacang merah ini