Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Kek Marble Susu Cokelat Gebass Gebuss Azlina Ina

Assalammualaikum. Kak Noor kembali bersiaran malam ini. Lama juga tiada coretan di persada blog ini ye. Maklumlah seminggu sebelum permulaan puasa dah mula sibuk dengan tempahan biskut raya. Pun begitu, sesekali bila ada kelapangan, Kak Noor poskan dalam FB halaman Sajian Dapur Bonda. Posting dalam FB ini lebih mudah dan ringkas jika dibandingkan posting dalam blog.   Kalau dalam blog rasa tak lengkap sesuatu posting itu jika tiada nukilan rasa diselitkan. Namun begitu bergantung kepada masa seseorang individu itu.  Kadang-kadang masa begitu mencemburui kita.  Mood dan idea juga memainkan peranan untuk update blog kita dari semasa ke samasa. Bila ketipisan idea, duduk depan komputer 1 jam pun tak tahu nak taip apa lagi. Apapun malam ini Kak Noor nak kongsi dengan rakan-rakan semua resepi Kek Marble Susu Coklat yang gebass gebuss. Resepi ini bukanlah resepi Kak Noor sendiri.  Cikedot dalam FB juga.  Puan tanahnya ialah Azlina Ina atau Azlina Sukardi; memang fam