Assalamualaikum... Selamat bercuti hujung minggu bersama keluarga tersayang. Apa agaknya juadah untuk keluarga tersayang tengah hari ini ye? Hari ni Kak Noor masak simple aje. Hanya sekadar sejenis lauk untuk dihidang bersama nasi panas. Sejak seminggu yang lalu anak-anak tidak berapa selera nak makan sebab tak berapa sihat. Sekarang ini musim demam panas dan batuk. Walaupun telah dimasak, tetapi tidak dijamah. Daripada membazir, lebih baik Kak Noor tak masak. Sepulang dari kerja, singgah di kedai dan beli aje makanan yang dipesan oleh anak-anak. Hari ini, cuba masak ayam goreng sambal kicap pedas. Harap-harap menu ini membuka selera keluarga. Malas nak masak pelbagai lauk, nanti membazir pula. Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk memasak Ayam Goreng Sambal Kicap Pedas ini. Dari segi penggunaan cili padi, boleh ditambah kuantitinya jika suka lebih pedas. Bergantunglah kepada citarasa masing-masing. Bahan-bahannya: 500 gram ayam – dipoto
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com