Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

SAMBAL UDANG KERISIK

Hari ini Kak Noor cuba curi masa untuk memuatkan resepi yang ingin sangat dikongsi bersama. N3 ini telah lama pending disebabkan kesuntukan masa. Menu Sambal Udang Kerisik ini telah Kak Noor masakkan untuk keluarga minggu lepas. Sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa. Dimakan pula bersama nasi panas. Kalau rajin, boleh goreng ikan tenggiri jeruk. Pasti menyelerakan. So tak perlu celoteh panjang-panjang. Apa kata kita terus ke resepi Sambal Udang Berkerisik. Bagi ibu-ibu yang belum confirm apa menu yang hendak dimasak hari ini, bolehlah mencuba resepi ini. Selamat mencuba. Bahan-bahannya: ½ kg. udang (saiz xl atau xxl) - dipotong kepala dan ekornya *1 sudu besar serbuk cili *1 sudu besar sos tiram *1 susu besar kicap manis *1 sudu besar gula perang 1 – 2 biji bawang besar – dipotong bulat 2 sudu besar kerisik Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis * Bahan-bahan perapan udang Bahan-bahan tumis: 1 inci kulit kayu manis 1 biji bawang besar

Juadah 1 Ramadhan; Rendang Pedas Ayam, Sambal Tumis Sotong Dengan Petai, dan Sayur Kacang Buncis Goreng Kunyit

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DARIPADA SAJIAN DAPUR BONDA Syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.  Semoga pada tahun ini ibadah yang dilakukan lebih baik dan lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya.  Amin... Alhamdulillah kerana Kak Noor masih diberi kudrat untuk menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.  Walaupun kekadang waktu terasa letih selepas pulang dari kerja, namun demi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, ia perlu dipikul jua.  Pada hari pertama Ramadhan, pelbagai request untuk lauk daripada suami dan anak-anak.  Nasib baik pada hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad, iaitu hari Kak Noor bercuti. Layan ajelah permintaan mereka.  Lagipun hari pertama puasa, mesti terasa nak makan itu dan makan ini. Hasben nak makan rendang pedas ayam, dan anak-anak pula nak makan sambal tumis sotong petai.  Kak Noor pula?  Tak kisah sangat... taklah teringin sangat nak makan itu dan ini. Kadang-k