Langkau ke kandungan utama

Cekodok Pisang Beroat

Resepi pisang lagi...! Seperti yang Kak Noor katakan, pisang masih banyak di rumah.  Hubby Kak Noor bawa balik minggu lalu semasa dia kerja out station dan on the way balik, sempat singgah di dusun kawannya di Ipoh, Perak.  Kak Noor berikan sedikit kepada jiran-jiran Kak Noor.  Tak habis kalau keluarga Kak Noor sahaja yang makan.  Itupun sedekah juga.  Kawan hubby Kak Noor pun dapat pahala dan jiran-jiranpun dapat merasa.

Petang tadi Kak Noor sempat masak cekodok pisang campur oat untuk minum petang. Lagipun hari ini tidak kemana-mana, rasa malas sangat nak keluar. Mengemas rumah dan menonton rancangan di TV saja. Tiada ramai ahli keluarga yang berkumpul di rumah hari ini. Pagi-pagi lagi anak-anak lelaki Kak Noor telah keluar kerja part time katering kat luar.  Tinggallah Kak Noor, hubby, dan anak bongsu sahaja kat rumah.  So... taklah Kak Noor masak apa-apa special untuk hidangan tengah hari ni.


Adunan cekodok ini Kak Noor bancuhkan awal tengah hari tadi dan perapkannya supaya naik sedikit sebab salah satu bahan yang Kak Noor gunakan ialah soda bikarbonat.  Soda bikarbonat ini adalah bahan penaik.    Pisang yang digunakan ialah pisang awak (pisang itu yang ada).  Tapi kalau lebih suka guna pisang emas   sebab ia manis. Bila kita menggunakan pisang emas, kurangkan gula dalam bancuhan.

Bagi memudahkan kerja, Kak Noor menggunakan blender basah untuk melumatkan bahan A.  Kebiasaannya orang menggunakan kaedah melenyek sahaja.



Bahan-bahan A (dikisar menggunakan blender):
6 biji pisang awak dipotong kecil
1 cawan susu segar
1 senduk gula putih
1 senduk gula perang
Sedikit garam

Bahan-bahan B:
1 senduk oat
1 sudu kecil soda bikarbonat
Tepung gandum secukupnya




Penyediaannya:

  • Masukkan bahan A di dalam blender dan dikisar lumat. 
  • Sediakan bekas yang lain.  Masukkan bahan-bahan B dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar di dalam bekas B.
  • Gaulkan sehingga sebati.  Sekiranya lembik, tambahkan tepung gandum.
  • Ketepikan adunan seketika sehingga ia naik sedikit.
  • Panaskan kuali dengan minyak yang mencukupi dengan api yang sederhana.  Api jangan terlalu perlahan dan terlalu panas.  Sekiranya terlalu perlahan, adunan akan diserap minyak, dan sekiranya terlalu panas, adunan akan rentung.
  • Sebelum `menjemput', pastikan adunan tersebut, gaul sekali lagi.
  • `Jemput' adunan dan masukkan dalam kuali.  Pastikan adunan yang `dijemput' tidak terlalu padat di dalam kuali dalam sesuatu masa.
  •  Toskan cekodok yang telah masak di atas tisu yang serap minyak sebelum dihidangkan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel

Assalammualaikum. Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini.  Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian.  Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair.  Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben.  Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya.  Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya.  Ini pun dah lama sangat permintaannya.  Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja.   So hari ini kita fulfil permintaannya. Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel.  So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel.  Kita buat tiga lapisan.  Lapisan atas d...