Assalamualaikum. Sambal Tumis Telur, menu alternatif apabila semua lauk-pauk dah clear di dalam eksbox. Last week tak pergi pasar untuk re-stock. Encik Hasben ada juga bertanya nak beli lauk tak di pasar tani Setiawangsa. Nak beli ayam ke? Tiap-tiap minggu beli ayam, rasa jemu pula. Ingat nak masak apa saja bahan kering yang tersedia di rumah. Biasanya di rumah Kak Noor mesti ada simpan stok kering seperti ikan bilis, ikan kering, sardin tin, dan telur. Lauk-lauk kering inilah alternatif akhir apabila telah kehabisan lauk-lauk basah. Sambal Tumis Telur ini special sedikit sebab salah satu daripada bahan yang digunakan untuk masakan ini ialah kicap manis. Memang telah menjadi kebiasaan Kak Noor apabila memasak sambal tumis apa sekali pun mesti masukkan sedikit kicap manis sebagai penambah rasa. Selain itu Kak Noor guna gula perang untuk memekatkan kuah. Kalau nak tahu enak ke tidak menu ini, cubalah resepi sambal tumis telur versi Kak Noor ini. Jom ...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com