Kebiasaannya bila setiap kali selepas makan nasi, kita mesti inginkan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut seperti buah-buahan, agar-agar, dan puding. Dan pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan ialah agar-agar atau puding. Cepat dimasak, dan sedia dimakan. Pencuci mulut seperti agar-agar dan puding hendaklah disimpan di dalam peti ais supaya `kenyamananan'nya dapat dirasai ketika disuapkan ke dalam mulut. Hasrat untuk menyediakan puding ini timbul apabila Kak Noor `tersinggah' di blog Sajian Kaseh semasa blog walking. Berdasarkan resepi di blog ini, Kak Noor mengolah resepi puding ini mengikut citarasa Kak Noor dan kesesuaiannya. Bahan-bahannya: 20 gm agar-agar stripe 6 cawan air 2 cawan gula pasir 2 biji telur 2 sudu besar tepung kastard 1 tin susu cair 1 sudu kecil esen vanilla 120 gm margerin *Pewarna kuning/merah/coklat (* Bagi warna kuning Kak Noor gunakan pewarna yellow egg, merah - sirap ros, dan coklat - sirap coklat...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com