Resepi udang yang paling simple yang pernah Kak Noor masak. Kebiasaannya udang dimasak kari, lemak cili padi dan sambal tumis sahaja. Udang goreng kunyit ini memang jarang Kak Noor hidangkan. Tak tahu kenapa, mungkin kerana tidak berkuah kot! Tetapi hari tu terjengok kat dapur Mat Gebu, teruja juga dengan masakan udang goreng kunyitnya bersama kacang panjang. Selain itu, dapat juga info mengenai udang belaan dan udang laut; harga udang laut lebih mahal daripada udang kolam atau udang bela. Patutlah Tesco boleh menawarkan harga yang murah, udang belaan rupanya. Thanks for the info Mat Gebu. Macam mana pula dengan kerang di Tesco tu? Adakah kerang kolam atau belaan juga? Untuk resepi udang goreng kunyit ini, Kak Noor tak masak banyak, cuma sekali makan sahaja; semasa berbuka. Licin juga diratah oleh Kak Noor dan anak-anak. Lain kali boleh masak lagi, tapi kali ini Kak Noor nak masak kurang minyak, mac...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com