Bahan-bahannya:
500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping
10 batang bendi
1 biji terung panjang – dipotong serong
1 biji tomato – dibelah empat
2 biji cili hijau
4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil
1 sudu besar pati asam jawa
1 cawan pati santan + 2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan mesin (A):
4 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus)
Bahan tumis (B):
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
Cara-cara memasak:
· Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan.
· Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.
· Masukkan pati asam jawa dan kacau rata. Kemudian tuangkan santan dan masak sehingga mendidih.
· Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih lagi.
· Masukkan bendi , tomato, cili hijau, dan cili kering.
· Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
· Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Ulasan
20 ke atas
Sukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
saya ada herba herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
tiada rasa pahit dan rasa tawar saja
bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka Kembali
Jika ada masalah slip diks sakit dah bertahun tahun dan tidak sembuh2 walau pelbagai
cara dah cuba…Insya Allah kita rawatkan sampai baik
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, gula turun elok balik