Langkau ke kandungan utama

Ikan Kerisi Masak Asam Pedas Tumis Dengan Nanas



Bahan-bahannya:
3 ekor ikan kerisi - kalau saiz besar boleh dikerat dua
Nanas dihiris
1 sudu besar pati asam jawa
2 batang serai dititik
Beberapa tangkai daun kesum
Air secukupnya
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
5 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak.  Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih.
  2. Kemudian masukkan pati asam jawa, serai, dan nanas.  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Kacau rata. 
  3. Masukkan ikan dan masak sehingga kuah mendidih.  
  4. Bila ikan agak masak, masukkan daun kesum dan tomato. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehlah ditutupkan api. 

Ulasan

Qasey Honey berkata…
asslm Kak Noor...myelerakan tgk menu tu...sedapnya rasa bile ikan kerisi msk mcmtu...sya suka ikan kerisi ni...nti sya nk cuba pula la...
zila norazila berkata…
rajin kak nor nie..sedap laa..:)
Kak Noor pun baru first time masak asam pedas ikan kerisi. Selalunya Kak Noor guna ikan pari aje.
Rajin tu ada masanya. Hujung-hujung minggu ok le..
Rohah berkata…
Alahai segarnya kalau dapat asam pedas ni..hirup kuah pun dah kira o.k, belum dapat ikannya..
Akak pun macam tu Rohah. Bila makan nasi suka sangat letak kuah banyak-banyak (melaut). Nasi sikit aje. Lagipun akak x makan ikan.
berkata…
Sapa yg suka hirup kuah, kita geng.
Hehe

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...