Langkau ke kandungan utama

Sambal Tumis Udang Petai

Masakan ini adalah antara kegemaran Kak Noor.  Kalau masak menu ini boleh tambah nasi. Pagi, petang, malam asyik makan nasi dengan sambal tumis aje... Sebab itulah Kak Noor tak `berani' nak masak resepi ini selalu. Takut tak dapat tahan nafsu makan.  Siapa boleh tahan... bila tengok sambal tumis udang petai.  Orang yang diet pun akan bisa tergugat....



Kebanyakan orang lebih gemar menggunakan udang besar saiz XXL atau XL untuk masakan mereka,  tetapi Kak Noor lebih gemar menggunakan udang yang bersaiz sederhana sahaja sebab sudah terbiasa sejak kecil.  Lagipun udang bersaiz kecil ini lebih manis rasanya dan tidak perlu dibuang kesemua kulitnya.

Bahan-bahannya:
1/2 kg udang sederhana (dibersihkan dan dibuang kepala dan ekor sahaja)
1/4 cawan pati santan
1 biji tomato masak dipotong kiub
1 paket petai (anggaran RM3.00)  - yang sudah dibuang kulit dan dibelah dua
1 sudu besar pati asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk perasa (jika suka)
2 biji bawang besar dihiris bulat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 senduk cili kering kisar
1 inci belacan

Penyediaannya:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.  Tutup periuk dan masak sehingga pes cili terbit minyak (naik minyak)
  2. Masukkan asam jawa dan tomato yang telah dipotong kiub tadi dan kacau rata.
  3. Perasakan dengan gula merah,gula putih, kicap manis, garam, serbuk perasa dan santan. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan udang dan biarkan di atas dapur sehingga masak.
  5. Akhir sekali masukkan petai dan bawang besar yang telah dihiris bulat.  Biarkan ia mendidih sekali lagi selama 1 minit.  (Jangan masak sehingga petai dan bawang besar layu).
  6. Apabila sudah masak, hidangkan dengan nasi panas. 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bukan ibu dah post ke recipi ni dulu? haha
Tanpa Nama berkata…
Itu sambal tumis ikan bilis petai...
Liza berkata…
salam kenal kak noor...nnt jemput ziarah blog Liza yer....tq
quinnie berkata…
aduiii sedapnya kak nor...memang tak leh diet kalau lauk cam gini tiap2 hari..hehhehe..

cara kak nor masak sambal ni sama macam saya masak jugak..suka letak santan skit utk kasi kuah dia lagi sedap..heheheh

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...