Langkau ke kandungan utama

Paprik Daging Tom Yam

Masak paprik lagi.... Dalam entri yang terdahulu ada dimuatkan resepi paprik sayur-sayuran, tetapi kali ini Kak Noor ingin berkongsi resepi masakan paprik daging ala tom yam pulak. Memang masakan seperti ini tidak menjemukan. Kalau kurang berselera, masaklah resepi ini. Pasti terasa puas setelah menikmatinya bersama nasi yang dihidangkan panas-panas dan telur dadar. Hai.... tak sabar nak balik makan petang nanti.  



Resepi paprik kali ini tidak banyak menggunakan bahan sayuran kerana Kak Noor hanya letakkan sayur-sayuran yang agak minimum; digemari oleh keluarga sahaja. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing, kalau gemar sayur-sayuran yang lain seperti kacang panjang, jagung muda, dan brokoli, boleh juga dimasukkan; tidak sesekali mencacatkan masakan.


Bahan-bahannya:
500 gm daging lembu - dipotong kecil
2 senduk cili kering yang telah dikisar
Garam/gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan A:
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 batang serai diketuk

Bahan-bahan B:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos sotong
2 sudu besar pes tom yam
2 sudu besar kicap manis
(Campurkan kesemuanya dalam satu bekas dan gaul rata)

Bahan-bahan C:
Lobak merah – dihiris nipis memanjang
Bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang besar – dihiris bulat
Beberapa biji cili padi
Beberapa helai daun limau purut


Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan A sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Masukkan daging dan gaul rata bersama tumisan cili tadi. Biarkan seketika di atas dapur sehingga air daging keluar. Tambahkan air dan masak sehingga daging empuk (lembut).
3. Selepas daging cukup empuk, masukkan bahan-bahan B, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sekali.
4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan C. Kaup balikkan sayuran dan daging sehingga sebati. Jangan biarkan sayuran masak sehingga layu.
5. Jangan masak sampai kering. Setelah sayur-sayuran masak, angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi putih, telur dadar, dan ulam-ulaman.
Masih di dalam kuali.... tunggu untuk dihidangkan.
Walaupun nampak ringkas, tetapi tetap menyelerakan.

Ulasan

Liza berkata…
salam kak noor....bestnya paprik ni...dah xyah masak lauk lain dah....peberet Liza ni...
Favourite akak juga. Kadang-kadang lepas balik kerja, sempat singgah kat kedai, makan nasi ngan lauk ni. Memang tak payah lauk lain dah....

Catatan popular daripada blog ini

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel

Assalammualaikum. Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini.  Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian.  Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair.  Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben.  Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya.  Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya.  Ini pun dah lama sangat permintaannya.  Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja.   So hari ini kita fulfil permintaannya. Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel.  So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel.  Kita buat tiga lapisan.  Lapisan atas d...