Langkau ke kandungan utama

`IBU BUAT ROTI TAK MALAM NI'...

Assalamualaikum.

`IBU BUAT ROTI TAK MALAM INI', tajuk yang ada kaitan dengan permintaan anak perempuan bongsu Kak Noor, Asilah yang berusia 12 tahun. Katanya tak puas makan. Roti dah habis dimakan oleh abang. `Shila dapat makan sikit aje'.


Boleh dikatakan setiap hari sepulangnya dari kerja, itulah soalan yang diajukan. Alahai ... letihlah ibu, ingat balik kerja sebelah malam nak santai dan rehat saja, tak nak buat apa-apa. Tapi permintaan anak-anak, rasa sedih pula kalau tidak ditunaikan.


Sejak ibu dah berjinak-jinak dengan projek membuat roti ini, hari-hari anak request supaya ibu buat roti. Tak jemu mereka makan roti. Anak-anak Kak Noor suka makan roti sosej. Memanglah bila buat roti sendiri banyak 'aksesori' boleh letak ikut citarasa. Sedap dimakan ketika masih panas; `Fresh from oven'.


Sebenarnya Kak Noor tak pernah menyertai mana-mana kelas membuat roti. Hanya melalui resepi yang dikongsi oleh kawan-kawan melalui FB dan blog, dan menonton video cara-cara membuat roti yang diupload dalam You Tube. 


Nasib baik ada mixer heavy duty di rumah. Ringanlah beban tangan ini. Kalau nak ikutkan uli dengan tangan memang tak berkudrat. Setiap kali buat Kak Noor guna 500 gm tepung protein. 100% penggunaan tepung protein ye. Ada juga resepi roti yang menggunakan campuran tepung protein dan sedikit tepung gandum. 



Selalunya Kak Noor akan buat ban sosej untuk anak-anak dan ban berinti kacang bean untuk Encik Hasben. Ban-ban ini akan `clear' dalam masa sehari sahaja. Of course le.. kalau dah ada roti, asyik makan roti aje sehingga dah `terlupa' makan nasi.


Dari sehari ke sehari Kak Noor cuba menghasilkan roti yang terbaik untuk keluarga, walaupun mungkin tidak setanding dengan roti yang dihasilkan oleh sifu-sifu yang memang telah glamour dan mempunyai skil yang hebat dalam bidang bakeri. 


Pun begitu, syukur Alhamdulillah, dalam usia menjangkau 50 tahun baru dapat berjinak-jinak dan menghasilkan roti dengan tangan sendiri untuk keluarga. Dengan bantuan penggunaan pelembut roti K-Fine Cream yang dijual secara online oleh rakan FB dan blogger Maestro Ateh Wan, roti yang dihasilkan memang lembut.  So sesiapa yang nak order K-Fine Cream ini bolehlah PM FB Maestro Ateh Wan. Beliau juga adalah pengasas dan admin kepada Group Resepi Otai (GRO).


Untuk resepi, Kak Noor rasa banyak lagi resepi roti yang hebat-hebat yang diposkan oleh sifu-sifu yang hebat dalam bidang bakeri dalam FB dan juga blog. Kak Noor cuma menggunakan resepi asas ban biasa sebagai rujukandan dalam masa yang sama cuba bereksperimen bagi mendapatkan roti yang perfect dan memenuhi citarasa Kak Noor dan ahli keluarga. Practice make Perfect' so do not give up.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...