Assalammualaikum.
Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini. Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian. Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair.
Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben. Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya. Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya. Ini pun dah lama sangat permintaannya. Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja. So hari ini kita fulfil permintaannya.
Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel. So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel. Kita buat tiga lapisan. Lapisan atas dan lapisan bawah agar-agar sirap ros dan lapisan tengah buah koktel. Agar-agar ini kita kurangkan kemanisannya, sesuailah dengan usia kita dan Encik Hasben yang dah menjangkau 50 series. Dah bergelar Mak Tok dan Tok Wan pun.
Bolehlah cuba resepi di bawah. Kejadian agak cantik juga.
Oleh: Kitchen Mak Tok (Sajian Dapur Bonda)
Bahan-bahannya:
1 bungkus agar-agar bertali (20 gram)
2 liter air
200 gram gula (kalau nak manis boleh tambahkan gula)
Gula batu sebesar ibu jari – untuk mengilatkan agar-agar
Perasa sirap ros
1 tin buah koktel (836 gram) – diasingkan sirap daripada buah
Pati sirap ros secukupnya
Sehelai daun pandan disimpul
Cara-caranya:
1. Basuh agar-agar. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
2. Kemudian masukkan gula. Kacau sehingga adunan larut dan sebati.
3. Tapis adunan agar-agar.
4. Ambil dan asingkan 2 cawan agar-agar (adunan agar plain). Campurkan sirap buah koktel di dalamnya dan kacau rata.
5. Masukkan kembali adunan agar-agar yang selebihnya di dalam periuk bersama daun pandan dan pati sirap ros (adunan agar merah). Kacau sehingga sebati. Asingkan kepada dua bahagian, nisbah 1:1.
Cara-cara Melapis:
1. Basahkan loyang/acuan terlebih dahulu (saya guna loyang 8 x 8)
2. Tuangkan sebahagian adunan agar-agar merah. Masukkan di dalam peti ais sekejap, sekadar keras di permukaan sahaja.
3. Keluarkan dan cucuk-cucuk dengan garfu di atas permukaan agar-agar berkenaan.
4. Susun buah koktel di atasnya. Kemudian dituang perlahan-lahan adunan agar-agar plain sehingga semua buah tenggelam. Masukkan ke dalam peti ais semula sehingga permukaan agar-agar mengeras.
5. Ulangi langkah 3.
6. Akhir sekali tuang baki adunan agar-agar merah di atasnya.
7. Masukkan di dalam peti sejuk dan biarkan ia mengeras sepenuhnya.
8. Elok disimpan semalaman . Sedap dihidangkan sejurus dikeluarkan daripada peti sejuk.

Ulasan
Casino 2021: Bonus, 동두천 출장샵 Promo 안동 출장안마 codes & free 토토 사이트 spins - 양주 출장마사지 jtmhub.com - Find the best casino 과천 출장안마 bonus codes and free spins now!