Langkau ke kandungan utama

SAMBAL TUMIS UDANG THAI




Bahan-bahannya:
15 - 20 ekor udang saiz sederhana - dibuang kepala dan ekor
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 batang serai dititik
2 sudu gula perang
2 sudu besar sos cili thai (Thai brand)
1 sudu besar pati asam jawa dibancuh dengan sedikit air
4 sudu besar susu segar
Garam dan gula putih secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis




Bahan-bahan dikisar:
3 senduk nasi cili kering kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 - 3 helai daun limau purut
1 inci belacan


Penyediaannya:
1.  Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk.  Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau rata.  Tudung periuk dan masak sehingga cili garing dan terbit minyak (pecah minyak).
2.  Buka tudung periuk dan kacau.  Masukkan air asam jawa, sos cili thai, gula perang, gula putih, garam dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mereneh seketika di atas dapur.
3.  Kemudian masukkan udang, diikuti dengan 4 sudu besar susu segar.   Biarkan di atas api sehingga udang masak.
4.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi.  Kacau dan bolehlah ditutup api.
5.  Bolehlah dihiaskan dengan daun bawang dan daun limau purut semasa menghidang.

Ulasan

kakna berkata…
wau! sambal..!
sedapnya makan tenggahari ni ada sambal bertambah-tambahlah nasi.
Sambal udang ni memang favourite saya. Memang betul boleh tambah nasi. Makan pula dengan kicap. Memang best sangat... Tapi.... hari ini memang x ada selera, tak berapa sihat. Orang sihat ajelah... yang makan.

Catatan popular daripada blog ini

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel

Assalammualaikum. Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai versi agar dan puding sekarang ini.  Menu wajib dan sering dihidangkan di majlis-majlis keramaian.  Hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Walaupun nampak mudah penyediaannya, tetapi sekiranya tersalah sukatan air, agar-agar menjadi lembik dan berair.  Agar-agar sirap ros ini merupakan faveret Encik Hasben.  Kau buatlah agar-agar dan puding viral sekalipun tetapi sedikit aje dimakannya.  Tapi bila buat agar-agar legend ini, mahu berulang-ulang dimakannya.  Ini pun dah lama sangat permintaannya.  Asyik sibuk dan tak larat aje balik kerja.   So hari ini kita fulfil permintaannya. Tapi dalam masa yang sama kita pun nak makan agar-agar koktel.  So kita gabungkan agar-agar sirap ros dan buah koktel.  Kita buat tiga lapisan.  Lapisan atas d...