Langkau ke kandungan utama

BISKUT ALMOND CORNFLAKES RANGUP

Assalammualaikum dan salam di hujung minggu.


Semalam dah seharian menghadiri jemputan majlis walimah rakan pejabat dan kenduri kesyukuran saudara. Balik rumah pun dah lewat senja. Rasa letih juga walaupun hanya memenuhi jemputan untuk makan sahaja. Hai... bila dah umur beransur senja begini, memang terasa cepat letih dan lesu. Kalau boleh cuti hujung minggu nak beristirehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Bila memikirkan bahawa hukum menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardhu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang, maka digagahi juga diri ini menghadirinya melainkan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. 


Ok... semalam dah seharian di luar. Hari ini kita full time di rumah pula. Teringat nak buat kudap-kudapan untuk famili. Biasanya Kak Noor suka buat kukis sahaja. Itu biskut yang paling mudah. Bancuh adunan, gentel, kemudian bakar. Siap untuk dimakan. Lagipun kadang-kadang bila tetamu berkunjung ke rumah, ada juga kudapan yang hendak dihidangkan. 


Bila buat kukis ini, mesti buat dalam kuantiti yang banyak. Selain untuk kudapan keluarga dan dijamu untuk tetamu, ia  bagi memenuhi request daripada anak-anak saudara. Bila datang rumah mesti tanya `Ibu Long' ada cookies tak. Kesian pula bila jawab tak ada. So bila sesekali ada mood rajin ni, terus bancuh dua tiga adunan sekali gus. Untungnya buat kukis ini, dohnya kalau tak bakar habis boleh disimpan di dalam peti ais. Bila nak makan, kita keluarkan doh dan biar di luar sampai lembut, kemudian kita gentel dan bakar.  


Mesti dah tahukan biskut yang Kak Noor nak buat. Tajuk dah terang-terang kat atas tu; BISKUT ALMOND CORNFLAKES RANGUP. Mulanya nak buat chocolate cookies, tetapi bila tengok dua balang cornflakes yang masih berbaki, Kak Noor tukar agenda buat biskut almond cornflakes pula.


Resepi asal biskut ini adalah daripada Elly Halim, namanya iaitu Biskut Cornflakes. Banyak juga resepinya yang telah Kak Noor cuba. Memang semua menjadi dan sedap. Tetapi untuk resepi ini Kak Noor telah olah sedikit dengan meletakkan bahan tambahan iaitu almond flakes dan serbuk badam. Bukan bersikap derhaka kepada resepi asal, tetapi sekadar untuk menghabiskan stok bahan yang sedia ada di rumah sebelum tarikh luput. Walau bagaimanapun resepi asal biskut cornflakes Elly Halim boleh diakses di SINI. Terima kasih kasih kepada Elly Halim kerana sudi berkongsi resepi cornflakes yang rangup dan sedap. Rasanya tak manis dan amat sesuai untuk semua golongan. 


BISKUT ALMOND CORNFLAKES 
Resepi Asal: Biskut Cornflakes oleh Elly Halim
Diolah oleh: Kak Noor@sajiandapurbonda

Bahan-bahan A:
250 gm butter - Kak Noor guna Buttercup aje..
200 gm gula kastor
1 biji telur gred A
1/4 cawan serbuk badam - Kak Noor tambah
1/2 cawan almond flakes - Kak Noor tambah
1 sudu besar esen vanila - Kak Noor guna butter vanilla
4 cawan cornflakes

Bahan-bahan B: (Disatukan dan diayak bersama)
330gm tepung gandum 
3 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder

Penyediaannya:
1.  Almond flakes disangai dulu di dalam oven selama 15 minit, guna suhu 140C.
2.  Cornflakes disangai dulu di dalam oven selama 10 minit, guna suhu 140C. 
3.  Bahan-bahan B disatukan dan diayak 3 kali.

Cara-caranya:
1. Pukul butter dengan gula sampai sebati, sampai kembang sedikit sahaja. Kak Noor guna mixer.
2. Masukkan telur dan butter vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan adunan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit diselang seli dengan serbuk badam. Kacau guna spatula atau senduk sahaja.
4. Masukkan cornflakes yang diramas tadi bersama almond flakes. Kacau sampai semua sebati.
5. Jemput adunan dan susun di atas loyang.
6. Sebelum itu panaskan oven dulu menggunakan suhu 150C selama 10 minit.
7. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 150 selama 20 min @sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).
8. Selepas dikeluarkan dari oven, sejukkan dulu sebentar, kemudian boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Nota: 
Untuk membakar biskut cornflakes ini, Kak Noor guna oven SONAR, suhu 150C selama 20 minit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.