Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

24 Disember 2017

CHOCOLATE MOIST CAKE (KEK COKLAT LEMBAB) DENGAN COKLAT GANACHE



Assalammualaikum.

Hari ini Kak Noor nak kongsi resepi chocolate moist cake yang marvelous dan awesome. Tapi the originality of the receipe bukanlah daripada dapur Kak Noor. Resepi ini Kak Noor temui dalam FB semasa sedang tercari-cari resepi chocolate moist cake yang paling sedap. Terdapat banyak versi yang dipostkan dan semuanya nampak sedap belaka. Kalau nak dicuba setiap resepi mestilah tak laratkan, so kita pilih secara rambang sahaja,  tengok post yang paling banyak mendapat komen positif daripada rakan-rakan FB.


Semalam Kak Noor telah mencuba resepi ini untuk seorang pelanggan tetap Kak Noor yang selalu order kek coklat. Ternyata kejadiannya cukup sempurna. Keknya lembut dan moist walaupun dibakar. Caranya pun lebih mudah, tak perlu guna mixer. Sesiapa yang tiada mixer di rumah, masih boleh juga sediakan kek coklat ini.  No excuse ye...


Untuk tempahan kek coklat moist sebelum ini Kak Noor menggunakan resepi yang sedia ada dalam koleksi kek dalam Sajian Dapur Bonda, Tetapi bagi tahun baharu 2017 ini, Kak Noor nak cuba guna resepi yang lain pula, yang lebih mudah dan tak perlu bawa keluar mixer pada setiap kali nak buat kek, dan yang paling penting tahap kesedapannya awesome. So untuk mencari resepi kek coklat moist yang sedap, kita perlu go through maklum balas dan komen rakan-rakan yang telah mencubanya. Dan kita juga perlu mencuba dahulu resepi yang baharu itu sebelum dijadikan resepi tetap untuk jualan kepada pelanggan.  Terima kasih kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi resepi ini.


Kek Coklat Moist ini menggunakan saiz loyang 9"x 9", berat lebih kurang 1.8kg selepas topping dengan chocolate ganace. Sesiapa yang berminat hendak menempah kek coklat moist ini, tempahan dibuka sepanjang masa. Just WS, SMS atau call Kak Noor @ 016-2890412. COD pick-up di pasar raya Eeon JJ AU Setiawangsa. Sekiranya tinggal berdekatan dengan rumah Kak Noor di Keramat, sekiranya ada kelapangan waktu, Insya-Allah Kak Noor boleh menghantarnya sehingga ke pintu rumah.

Resepi Kek Chocolate Moist
Dicuba oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan A:
90 gram serbuk koko
200 gram gula kastor
200 gram minyak jagung
250 gram susu pekat
390 gram susu coklat - Kak Noor guna jenama Magnolia

Bahan B (dicampur dan dipukul sampai kembang, guna sudu atau garfu sahaja):
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla.

Bahan C (dicampurkan sekali dan diayak):
150 gram tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking soda

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan A di dalam satu bekas stainless steel/periuk. Kacau rata sampai sebati dan masak di atas api kecil. Masak sekejap sambil adunan dikacau. Kacau perlahan-lahan, tak perlu mendidih @ sampai berasap. Adunan hanya suam-suam panas. Kalau rasa bekas itu telah panas, boleh terus tutup api.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau.
3. Masukkan pulan bahan C dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter/margerin dan dilapik dengan baking paper. Saya guna loyang 9"x 9". Nak tebal sedikit guna loyang 8 inci.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C selama 10 minit. 
6. Bakar kek menggunakan suhu 150C selama 45 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.
7. Setelah kek masak, keluarkan daripada oven. Terbalikkan di atas redhai. Selepas kek sejuk sedikit keluarkan baking paper.

Untuk Chocolate Ganache

Bahan bahannya:
100 gram krim putar ~ whiping cream - Kak Noor guna jenama Anchor
200 gram milk chocolate compound
1 sudu besar mentega

Cara caranya:
1. Potong milk chocolate compound dalam ukuran kecil. Masukkan ke dalam bekas stainless steel. Guna kaedah double boiled. 
2. Bila coklat telah cair, masukkan whipping cream. Kacau rata. 
3. Akhir sekali masukkan mentega dan kacau sehingga semua sebati. Fungsi mentega adalah untuk mengilatkannya. 
4. Angkat dan biarkan dalam suhu bilik selama 10 minit sebelum dituang di atas kek.

Hiasan di atas Kek (Opsyen):
Milk chocolate chip conventure
Chocolate rice

Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang