Langkau ke kandungan utama

Kek Marble Susu Cokelat Gebass Gebuss Azlina Ina

Assalammualaikum.

Kak Noor kembali bersiaran malam ini. Lama juga tiada coretan di persada blog ini ye. Maklumlah seminggu sebelum permulaan puasa dah mula sibuk dengan tempahan biskut raya. Pun begitu, sesekali bila ada kelapangan, Kak Noor poskan dalam FB halaman Sajian Dapur Bonda. Posting dalam FB ini lebih mudah dan ringkas jika dibandingkan posting dalam blog.  




Kalau dalam blog rasa tak lengkap sesuatu posting itu jika tiada nukilan rasa diselitkan. Namun begitu bergantung kepada masa seseorang individu itu.  Kadang-kadang masa begitu mencemburui kita.  Mood dan idea juga memainkan peranan untuk update blog kita dari semasa ke samasa. Bila ketipisan idea, duduk depan komputer 1 jam pun tak tahu nak taip apa lagi.




Apapun malam ini Kak Noor nak kongsi dengan rakan-rakan semua resepi Kek Marble Susu Coklat yang gebass gebuss. Resepi ini bukanlah resepi Kak Noor sendiri.  Cikedot dalam FB juga.  Puan tanahnya ialah Azlina Ina atau Azlina Sukardi; memang famous dan popular dengan tutorial membuat biskut dan kek.  Tidak kedekut ilmu orangnya; dicurahkan segala ilmu yang dimilikinya sedangkan beliau sendiri menjual biskut dan kek.  Tetapi rezekinya semakin berlimpah ruah walaupun  berkongsi ilmu dengan orang ramai. Tutorialnya memang mudah difahami. Setiap pagi ada aje tutorial yang diposkan olehnya. One thing, memang tak jemu membaca pos celotehnya yang diselitkan dalam tutorialnya. Boleh tersenyum sendiri.

 
 
 
Banyak juga resepi Azlina Ina ini yang telah Kak Noor cuba. Memang sempurna kejadiannya walaupun pertama kali cuba. Ramai rakan FB yang telah mencuba resepi-resepi yang dimuatkan oleh Azlina Ina ini dan semuanya berpuas hati. Kek Marble Susu Coklat ini adalah salah satu resepi yang dicuba oleh Kak Noor.  First time cuba resepi ini, Alhamdulillah sempurna kejadiannya; gebass gebuss.

Sesiapa yang nak cuba resepi kek marble susu cokelat ini, Kak Noor salin semula resepi Azlina Ina ini. Untuk resepi asal bertutorial daripada puan tanah sila  layari page FB Azlina Ina di SINI. 

Selamat Mencuba. 


RESEPI KEK MARBLE SUSU COKELAT 
Resepi Asal Oleh:  Azlina Ina/Azlina Sukardi
Dicuba oleh:  Kak Noor Sajian Dapur Bonda

Bahan A:

Bahan-bahannya:
6 biji telur Gred B
1 cawan gula kastor (ini sukatan kurang manis, kalau nak manis 1 ¼ cawan)
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
(Mixed bahan-bahan di atas sampai gebu, high speed dalam 15 minit bergantung pada mixer masing-masing)

2 cawan setengah tepung naik sendiri (Blue key atau MFM)
½ cawan susu tepung
(Ayakkan bahan-bahan di atas bersama-sama)


Cara-caranya:
Masukkan tepung dalam bahan-bahan mix yang telah kembang tadi. Perlahankan mixer. Mixed dalam 3 minit atau sampai sebati dan ketepikan.


Bahan B:

Bahan-bahannya:
250 gram butter + 125 gram butter
½ cawan susu pekat
(Mixed sampai kembang bahan-bahan di atas. Step ini penting untuk menentukan kek gebu atau tidak)

Cara-caranya:
1. Masukkan A dalam B dan kaupbalikkan sampai rata. Guna senduk.
2. Bahagikan kepada dua bahagian; sama rata. Satu bahagian letak 4 sudu besar serbuk koko dan kacau rata. Satu lagi warna ori.
3. Guna loyang 9 x 9 atau 10 x 10. Lapik baking paper tepi-tepi loyang. Sapu butter.
4. Tuang adunan cara selang-selijab adunan sesenduk demi sesenduk.
5. Akhir adunan ratakan adunan ori dan tompok-tompokkan adunan coklat. ‘
6. Lorekkan pakai lidi bersih. Panaskan oven dan masukkan adunan. Bakar suhu 170 selama 30 minit pertama, kemudian turunkan suhu 150 selama 15 hingga 20 minit atau sampai masak.
7. Bila telah masak sempurna, keluarkan daripada oven dan terus terbalikkan atas redai untuk elak kek turun. Terbalikkan 5 minit saja dan terbalikkan asal semula.
8. Okay dah siap. Dijamin menjadi dengan gebunya.

Nota:
1. Fungsi ovallete menstabilkan kek supaya kek kemungkinan mendap adalah kurang jika salah meletak suhu oven.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.