Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

5 Mei 2014

`COOK WHAT YOUR FAMILY LOVE'..., Ayam Kicap Madu, stail mamak.

Assalamualaikum....


Selamat Tengah Hari Semua.  Sekarang ini lunch time  Apa lauk tengah hari ini?  Apapun hidangannya, syukur Alhamdulillah kerana kita masih sihat dan dapat  menikmati rezeki yang diberi oleh Allah.
Seperti biasa, pagi-pagi lagi Kak Noor telah masak untuk anak-anak sebelum keluar bekerja.  Dalam mengejar waktu pada waktu pagi, cukuplah sekadar dapat memasak sejenis lauk sahaja, asalkan anak-anak dapat menikmati air tangan ibunya.   Sebagai seorang ibu dan chef dalam keluarga, pening juga kepala ini memikirkan apa yang hendak dimasak pada setiap hari.  Bila tanya hasben nak masak apa hari ini, dia akan beri jawapan yang sama, `Banyak resepi dalam Sajian Dapur Bonda tu...... pilih aje'.  Hai... kadang-kadang kita ni naklah masak resepi yang berlainan.  Kalau boleh masakan yang tak ada lagi dalam blog SDB.  Sambil bereksperimen masak, boleh juga tambah koleksi resepi.

`COOK what your family LOVE.


Apapun citarasa keluarga perlu diberi keutamaan.  Masak menu kesukaan mereka sahaja. Janganlah dimasak makanan yang mereka kurang gemar, alamatnya sampai dua tiga hari lah lauk tu tak habis.  Selama menjadi chef keluarga ini, sedikit sebanyak Kak Noor telah dapat menyelami citarasa hasben dan anak-anak.  Kalau menu yang dihidangkan itu ala-ala stail mamak, maka berseleralah mereka.  Walaupun orang Penang, tapi Kak Noor masih tak berapa pandai masak makanan stail mamak ni; masih belajar daripada bonda tercinta dan blogwalking mencari resepi-resepi masakan mamak.



Daun Karipulay, bahan wajib dalam masakan mamak

  
So pagi tadi Kak Noor telah menyediakan satu masakan ala mamak iaitu Ayam Kicap Madu Mamak.  Dalam masakan mamak, daun karipulay merupakan bahan wajib kerana ia menaikkan aroma masakan mamak ini.  Tanpa daun karipulay, tiadalah bau masakan mamak tu... Bila dah masak, macam lauk nasi kandar yang dijual kat kedailah pulak....!  Bila tanya hasben sedap tak dan sama tak rasanya macam kat kedai mamak tu, dia jawab lagi sedap daripada yang kat kedai mamak.  Alhamdulillah..  menjadi masakan cheq kali ini setelah beberapa kali bereksperimen.

Nak resepinya?  Tunggu... Jom kita menikmati gambarnya dulu.








Bahan-bahan A:


1 kg. ayam – dibuang kulit dan dipotong 16
2 sudu senduk nasi cili kering kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 tangkai daun kari – dilurut daunnya

2 biji bawang besar – dipotong gelang
Kicap manis secukupnya – (anggaran ½ botol)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula perang
3 sudu madu
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Minyak secukupnya untuk menumis



Bahan-bahan B:

2 biji bawang besar - ditumbuk atau dikisar kasar
5 ulas bawang putih - ditumbuk atau diksar kasar
2 inci halia dihiris halus
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga



Cara-cara memasak:

1. Ayam digaramkunyitkan dan digoreng ¾ masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Bila telah naik bau masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga sedikit layu.


3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan bawang besar yang telah dikisar. Biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.


4. Setelah terbit minyak masukkan 3 cawan air. Kacau rata. Kemudian masukkan kicap manis secukupnya, sos tiram, sos tomato, gula perang, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan daun kari. Masak sehingga kuah mendidih.


5. Selepas itu baru dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan di atas dapur sehingga ayam masak.


6. Bagi memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan madu. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Boleh masukkan lagi daun kari jika suka. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang