Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

2 Februari 2014

Bendi Goreng Berkicap



Masakan yang ringkas dan sesiapa pun boleh memasaknya.  Pakai campak-campak aje dan siap untuk dimakan.  Walaupun nampak mudah, tetapi kalau tak pandai masak, bendi akan berlendir.  So...  supaya bendi tak berlendir, sebelum memotongnya hendaklah dibasuh bersih dahulu ye.   Jangan potong dulu baru dibasuh.   Bendi pula mestilah yang muda dan kita mesti pandai memilihnya.  Sila lihat tips cara memilih bendi yang elok.

Bahan-bahannya:
1/2 bendi dipotong serong
Segenggam ikan bilis atau udang kering
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis ikan bilis/udang kering sebentar, diikuti dengan bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga kekuningan.  Kemudian masukkan bendi diikuti dengan kicap manis dan hirisan cili merah.  Kacau rata dan goreng sehingga bendi masak, tetapi jangan sampai layu.

Telah sedia untuk dihidangkan.



Tips Memilih Bendi:
oleh: Nadia Mingguan Wanita

Tips pilih bendi muda

Bagi anda yang suka makan bendi, seharusnya anda perlu tahu cara bagaimana untuk mencari bendi yang masih muda atau bendi yang lebih enak untuk dimakan. 

Salah satunya adalah tolak hujung bendi, di permukaan atas yang tajam sehingga patah. Jika hujung bendi patah dengan lembut dan mudah, maksudnya bendi tersebut muda dan sedap untuk dimasak.

Cara kedua adalah dengan melihat hujung tangkai, yang mana jika isi tangkai penuh dan padat, itu bermakna bendi tersebut juga sedap untuk dimakan dan tidak tua.

Namun jika tangkai bendi itu berongga atau berlubang, bermaksud sayur itu sudah tidak elok untuk dimasak.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang