5 Februari 2013

SIPUT LALA MASAK LEMAK KUNING




Bahan-bahannya: 
1 ½ kilo siput lala besar, dicuci bersih
2 batang serai – dititik
½ kilo pati santan
1 biji tomato – dibelah 4
1 helai daun kunyit – disimpul.
Garam, serbuk perasa, dan gula

Bahan-bahan dikisar: 
2 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji cili hijau
3 – 4 biji cili padi merah
Air secukupnya.

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan siput lala bersama bahan-bahan yang dikisar, dan serai di dalam periuk. Kacau rata dan tudung periuk. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 5 minit.
2. Buka tudung periuk, masukkan pati santan dan daun kunyit. Gaul rata dan perasakan dengan garam, serbuk perasa, dan gula. Masak sehingga kuah mendidih.
3. Akhir sekali masukkan tomato dan bolehlah ditutup api.




2 ulasan:

  1. Salam Kak Noor..sedapnya nampak masak lemak lala ni...jarang jumpa lala kat sini..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itupun kebetulan semasa kak noor ke NSK Wangsa Maju. Lala besar ni, kulitnya keras daripada lala biasa. First time masak lala besar ni. Rasanya sama jugak dengan lala kecil.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...