Langkau ke kandungan utama

BUBUR KELEDEK DAN JAGUNG (SANTAN SAWIT)




Bahan-bahannya:
1 biji ubi keledek saiz besar (Anggaran 800 gram)
200 gm isi jagung – boleh beli isi jagung sejuk beku di pasar raya
150 gm gula Melaka
1 cawan gula putih – boleh dikurangkan
1 cawan sagu
2 cawan pati santan kelapa sawit jenama KHALIS – guna santan kelapa pun boleh
3 helai daun pandan – dikoyak dan disimpul
Garam secukupnya

Penyediaannya:
1. Keledek dikupas kulitnya, kemudian dipotong dadu kasar. Basuh dan toskan.
2. Gula melaka dan gula putih disatukan di dalam periuk dan dimasak sehingga larut untuk dijadikan air gula. Letakkan daun pandan untuk mewangikannya. Kemudian ditapis air gula tersebut ke bekas lain.
3. Sagu direndam seketika sehingga kembang. Kemudian dibasuh dan ditoskan.
4. 2 cawan pati santan kelapa sawit dicampur dengan 1 cawan air untuk dijadikan 3 cawan santan.

Cara-cara memasaknya:
1. Masukkan keledek yang telah dipotong dadu dan air secukupnya di dalam periuk dan masak sehingga keledek lembut.
2. Setelah keledek lembut,  air gula, garam, dan daun pandan, diikuti dengan isi jagung. Biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan santan dan sagu.  Kacau rata dan masak lagi sambil mengacau sehingga naik wap.
4. Kemudian bolehlah ditutup api. Hidang setelah sejuk.

Ulasan

QasehnyaRania berkata…
..mmm..macam best untuk dicuba
nwm kenal dari saya..
follower baru blog sajian dapur bonda ..=)
Mieza berkata…
salam kak noor..mieza suka ni semua jenis ubi...dulu2 masa kecik2 mak selalu rebus ubi time ujan..sedap makan dengan air kopi pekat...belum pernah lg buat bubur jagung letak keledek..harus dicuba nanti...TQ sudi bertandnag ke blog mieza :)
zila norazila berkata…
sedapnya..dah lama x mkn camnie la..nnt2 nk buat jga:)
Terima kasih kerana sudi bertandang dah jadi follower.
Kalau nak lebih sedap campur keledek merah sama. Baru naik serinya. Masa Kak Noor buat hari tu cuma ada keledek kuning aje.
Buat jangan tak buat. Resepinya semudah ABC aje, sesiapa pun boleh buat. Insya Allah jadi.
Uda berkata…
kak noor.....baru ni saya tau ada santan sawit.....ketinggalan zaman tol!!!!!hehehe

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.