Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Udang Goreng Kunyit

Resepi udang yang paling simple yang pernah Kak Noor masak.  Kebiasaannya  udang dimasak kari, lemak cili padi dan sambal tumis sahaja.  Udang goreng kunyit ini memang jarang Kak Noor hidangkan.  Tak tahu kenapa, mungkin kerana tidak berkuah kot!  Tetapi hari tu terjengok kat dapur Mat Gebu, teruja juga dengan masakan udang goreng kunyitnya bersama kacang panjang.  Selain itu, dapat juga info mengenai udang belaan dan udang laut; harga udang laut lebih mahal daripada udang kolam atau udang bela.  Patutlah  Tesco boleh menawarkan harga yang murah, udang belaan rupanya.  Thanks for the info Mat Gebu.  Macam mana pula dengan kerang di Tesco tu?  Adakah kerang kolam atau belaan juga? Untuk resepi udang goreng kunyit ini, Kak Noor tak masak banyak, cuma sekali makan sahaja; semasa berbuka.   Licin juga diratah oleh Kak Noor dan anak-anak.  Lain kali boleh masak lagi, tapi kali ini Kak Noor nak masak kurang minyak, macam Mat Gebu masak.  Tu tengok gambar udangnya, tak berminyak you

Kuah Kacang Utara

Hari ini cuti.  Cuti?? Bukan cuti yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia tetapi cuti yang diwartakan oleh Kak Noor sendiri. Terpaksa ambil cuti kecemasan hari ini sebab anak yang bongsu demam sejak semalam. Katanya kerongkong sakit dan pedih bila menelan. Kak Noor dah jangka ini mesti ada kaitan dengan tonsilnya yang bengkak. Itulah penyebabnya dia demam tiba-tiba dan menggigil sejuk.  Untuk sementara waktu, hanya beri ubat demam yang memang sedia ada di rumah. Biasalah kalau tak makan antibiotik, demam tak boleh baik. Suhu badan akan naik kembali selepas 6 jam. Lebih-lebih lagi kalau tonsil bengkak teruk. Memang memerlukan antibiotik. Seawal jam 8.00 pagi Kak Noor telah membawa anak ke klinik. Hubby pun pergi kerja lewat sedikit sebab nak temankan ke klinik. Memang betul jangkaan Kak Noor. Kata doktor tonsilnya merah dan bengkak. Tak bolehlah nak puasa…. kena minum air banyak-banyak. Dapat MC, tak pergi sekolah. Memandangkan Kak Noor ada di rumah hari ini, bole

Bubur Pulut Hitam

Bubur ini dimasak atas permintaan anak sulung Kak Noor yang teringin sangat nak makan bubur pulut hitam.  Siap telefon Kak Noor lagi.  Walaupun letih kerana seharian berada di Kota Damansara kerana membantu hubby mengecat rumah, namun sekembalinya ke rumah di Keramat, sempat juga singgah di kedai membeli beras pulut hitam. Hendaknya termakbul sudah keinginan anakanda.    Jom kita tengok bahan-bahannya ikut cara Kak Noor. Bahan-bahannya: 2 cawan beras pulut hitam Air secukupnya untuk merebus beras pulut hitam 1/2  cawan gula putih - (tahap kemanisan ikut selera masing-masing) 2 ketul bulat gula melaka 1 sudu teh garam 2 helai daun pandan - dicarik dan disimpul 2 cawan pati santan kelapa sawit atau 2 1/2 cawan pati santan kelapa Susu sejat - digunakan semasa menghidang Penyediaannya: 1. Beras pulut hitam dibasuh bersih dan direndam 3 - 4 jam (kalau direndam semalaman lagi elok).  Kemudian dibasuh lagi dan ditoskan. 2. Masukkan beras pulut hitam di dalam periuk be

Sayur Campur Sos Tiram

Inilah adalah resepi paling ringkas dan segera disediakan.  Sedap dimakan dengan nasi semasa panas dan sedap juga diratah begitu sahaja bagi sesiapa yang sedang berdiet.  Jenis sayur-sayuran dan kuantiti yang digunakan bergantung kepada citarasa dan stok yang sedia ada.  Kak Noor gunakan bahan-bahan yang sedia ada di dalam peti ais dan yang selalu dimakan oleh ahli-ahli  keluarga Kak Noor.  Nanti kalau diletakkan sayur-sayuran lain, tak dimakan pula, membazir aje...  Kalau inginkan sayuran yang dimasak rangup dan masa rasa segar walaupun selepas dimasak,  masaklah dengan api yang sedikit kuat dan jangan terlalu lama memasaknya.  Cukup sekadar kaup balikkan dan kuah mesra dengan sayur-sayuran tadi.  Dihidang dan dimakan sejurus dikeluarkan daripada kuali. Sebab itulah semasa kita makan di kedai sayur-sayuran yang disediakan rangup dan segar; tidak layu. Pastikan sayur-sayuran yang dimasak tidak layu Kak Noor rasa resepi sayur campur sos tiram ini semua orang telah maklum akan

MEE GORENG MAMAK SEGERA

Kalau selalu berbuka puasa dengan nasi dan lauk pauk, apa kata sekali sekala di bulan Ramadhan yang mulia ini kita menyajikan mee goreng mamak sebagai juadah berbuka puasa.  Bukan apa, kadang-kadang jemu juga mengadap nasi semasa berbuka puasa, terutama sekali anak-anak kita.  Anak lelaki Kak Noor yang bernama Ashraf (anak keempat) memang suka berbuka dengan mee goreng.  Kalau ada mee goreng, nasi tidak lagi dipandangnnya.  Boleh bertambah dua pinggan.  Tetapi.... ada tapinya, mee goreng tu mestilah digoreng ala mee mamak.  Biasalah mee mamak selalunya ada cucur udang sebagai salah satu ramuannya.  Kak Noor mana ada masa nak sediakan cucur udang.  So... kita goreng ringkas sahaja.  Hubby Kak Noor pun suka dengan cara gorengan mee mamak yang segera ini.  Yang paling penting jangan gunakan minyak yang banyak.  Tak payah guna perencah yang `mewah' seperti udang, sotong, daging, dan isi ayam.  Apa yang paling utama dalam mee goreng mamak yang segera dan ringkas ini ialah telur ayam

Ikan Sardin Masak Taucu

Hari ini telah masuk dua minggu kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. Di pejabat pada setiap hari selepas roll call, sempena bulan Ramadhan ini, rakan setugas kami iaitu Haji Kamarrudin akan memberikan tazkirah dan nasihat berunsur keagamaan untuk dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya perkongsian ilmu ini dapat dimanfaat bersama. Hari ini hari Jumaat. Ada pasar malam cum bazaar Ramadhan berdekatan LRT Jelatek. Lokasinya di lapangan tempat letak kereta LRT Jelatek. Banyak jualan di situ; dari makanan hinggalah ke pakaian. Dah lama tak singgah di sini, sebab sepulang dari pejabat terus rushing ambil anak bongsu perempuan di sekolah. Kalau dulu ada abangnya yang menjemput, tetapi sekarang orang harapan Kak Noor telah sambung pelajar  di Politeknik Dungun. So… tak bolehlah Kak Noor dan hubby menjamu mata di pasar malam tu lagi. Ok seperti biasa, masih berfikir-fikir nak masak apa hari ini. Kadang-kadang