Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

7 April 2012

KARI AYAM KERISIK




Hari ini Kak Noor nak kongsi cara-cara memasak kari ayam kerisik.  Bezanya kari ayam biasa dengan kari ayam kerisik ialah kari ayam kerisik kuahnya pekat sedikit.  Selain sedap untuk dimakan bersama nasi, ia juga   sedap dimakan bersama pulut kuning, ketupat palas, dan boleh diganti sebagai rendang untuk dicicah dengan lemang.


Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 sudu besar serbuk rempah kari (rempah kari ayam dan daging) dibancuh dengan sedikit air sehingga sebati.
1 cawan pati santan dicampur dengan 2 cawan air
4 biji ubi kentang - dibelah dua atau 3
2 sudu besar kerisik
2 biji cili hijau
1 helai daun pandan - disimpulkan
1 biji tomato - dibelah 4

Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari - dilurut daunnya
Minyak secukupnya untuk menumis


Penyediaannya:
  • Ayam dibersihkan dan digaramkunyitkan.  Ayam lebih sedap jika diperap semalaman di dalam peti sejuk.
  • Panaskan minyak di dalam periuk.  Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan kacau rata.  Tutup periuk dan masak rempah sehingga terbit minyak.
  • Selepas itu masukkan ayam dan kacau supaya ayam bersalut dengan rempah.  Tutup periuk kembali dan biarkan ayam masak sehingga setengah empuk.
  • Kemudian masukkan santan, gula, garam, daun pandan,  dan kacau rata.  Masak sehingga kuah mendidih.
  • Selepas itu masukkan ubi kentang dan masak lagi sehingga ubi kentang empuk.  Pada masa ini ayam telahpun masak sepenuhnya.
  • Akhir sekali tambahkan kerisik dan kacau rata.  Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi.
  • Tutup api dan masukkan buah tomato dan cili hijau.  Tutup periuk supaya aroma kari tidak keluar.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang