Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

PUDING MARBLE

Kebiasaannya bila setiap kali selepas makan nasi, kita mesti inginkan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut seperti buah-buahan, agar-agar, dan puding. Dan pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan ialah agar-agar atau puding. Cepat dimasak, dan sedia dimakan.  Pencuci mulut seperti agar-agar dan puding hendaklah disimpan di dalam peti ais supaya `kenyamananan'nya dapat dirasai ketika disuapkan ke dalam mulut. Hasrat untuk menyediakan puding ini timbul apabila Kak Noor `tersinggah' di blog Sajian Kaseh semasa blog walking.  Berdasarkan resepi di blog ini, Kak Noor mengolah resepi puding ini mengikut citarasa Kak Noor dan kesesuaiannya. Bahan-bahannya: 20 gm agar-agar stripe 6 cawan air 2 cawan gula pasir 2 biji telur 2 sudu besar tepung kastard 1 tin susu cair 1 sudu kecil esen vanilla 120 gm margerin *Pewarna kuning/merah/coklat  (* Bagi warna kuning Kak Noor gunakan pewarna yellow egg,  merah - sirap ros, dan coklat - sirap coklat) Penyedi

CUCUR BAWANG UDANG GERAGAU

Menu yang wajib untuk setiap keluarga, tak kira masa dan tempat.  Lebih sesuai dihidangkan untuk minuman petang ketika bersantai bersama keluarga di hujung-hujung minggu dan waktu bercuti. Bila dah ramai-ramai begini, cucur habis satu mangkuk pun tak pernah sedar.  Mata asyik menonton program di TV, tangan mencapai cucur di dalam pinggan, ngap masuk ke mulut satu persatu.  Ada pula teh o panas.  Alahai sedapnya.... 1 kg. tepung gandum kalau buat cucur pun habis ni... Ingat lagi Kak Noor semasa zaman kanak-kanak, apabila bonda atau nenda  membuat cucur, tak sempat  habis digoreng kesemuanya , satu pinggan telah clear.  Orang tua-tua kata, `tak menang tangan'.  So... nasihat Kak Noor kalau goreng cucur tu, gorenglah kesemuanya sampai habis baharu dihidangkan.  Kalau tidak orang yang kat dapur tu tak dapat makan le...  Apa tidaknya,  kita penat menggoreng kat dapur, orang kat tengah rumah tu dah mula `ngap'.   Nak tinggalkan cucur tu di dalam kuali, takut pula rentung.

AYAM MASAK MADU MAMAK

Hai... lega rasanya bila cuti.  Tak payahlah bergegas pagi-pagi lagi untuk menyiapkan semuanya.  Anak-anak pun x sekolah. Bolehlah ambil sweet time untuk membereskan kerja-kerja rumah dan yang paling utama ialah menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga.   Kebiasaannya bila cuti hujung minggu, Kak Noor dan hubby akan ke pasar basah NSK untuk membeli lauk-pauk dan sayur-sayur untuk stok seminggu.  Maklumlah dua-dua kerja, bila lagi nak ke pasar. Setakat barangan kering, bolehlah singgah di pasar raya semasa perjalanan pulang dari kerja untuk membelinya.  Tetapi... hari ini x dapat pergi sebab hubby kerja; bertugas 24 jam disebabkan Perhimpunan Bersih.  So... semalam dia dah beli ayam siap-siap.  Semata-mata ayam ok!  Yang lain-lain tu, fikir-fikirlah sendiri, guna kreativiti sendiri.  Pening juga kepala Kak Noor memikirkan nak masak apa dengan ayam ni. Dah jemu dengan masakan kari, sambal, dan gulai.   So...apa kata kita beralih pula kepada ayam masak madu, stail

SWEET SOUR UBI KENTANG DAN SOSEJ KEJU

Nak masak apa hari ini ye!  Dah x ada idea....Ikan? daging? ayam? udang? sotong? hmm.... anak-anak dah jemu sangat.  Teringat ada  sosej keju dalam peti ais dan ubi kentang.  Clearance stock ni, sebab dah cukup bulan.  Wajib beli barang baharu hujung minggu ni. Dengan bahan-bahan yang ada,  Kak Noor gabungkan ubi kentang dan sosej keju untuk menjadi satu masakan `faveret' anak-anak.  Boleh diratah begitu sahaja dan boleh juga dimakan dengan nasi.  Masakan pun ada 2 in 1 tau!  Apa pun kita masak apa yang menjadi kegemaran  anak-anak. Kalau anak x suka, siapa nak makan.... membazir aje... last sekali masuk tong sampah.  Kesian makanan tu.... berdosa kata anak Kak Noor yang bongsu tu.  Ustazah kata Tuhan marah bila kita membazir bu! Membebel pula Kak Noor kat sini ye!  Ok jom kita ceghite pasal resepi pulak  Sebenarnya resepi amat mudah sangat dan sesiapa pun boleh membuatnya berpandukan resepi seperti di bawah. Selamat mencuba... Bahan-bahan Untuk Digoreng:

BIHUN GORENG KAROT

Bihun lagi.... tak jemu-jemu makan bihun ye!.  Memang tak pernah jemu pun.... tapi mestilah ada idea dan cara untuk mempelbagaikan rasanya supaya tidak mempunyai rasa yang sama setiap kali. Semalam sebelum tidur, sempat berpesan kepada anak bujang supaya rendam bihun sebungkus, sebab esok ibu nak goreng bihun untuk sarapan. Nampak simple, tetapi ternyata sedap.  First time bikin.... So...seperti yang telah dirancangkan, pagi tadi sempatlah Kak Noor goreng bihun untuk sarapan anak-anak di rumah, dan untuk bekalan anak ke sekolah serta untuk bekalan ibunya sekali ke pejabat. Jimatlah sikit belanja hari ini untuk sarapan pagi  kat pejabat.  Biasalah kat KL Sentral tu...paling minimum minum pagi pun mesti lebih daripada RM5.00. Bihun goreng dengan telur mata kerbau pun harganya RM4.00.  Itu tak termasuk minuman lagi...  Itu bihun goreng..,  harga sebungkus nasi lemak biasa pula mencecah RM2.00 sebungkus.  Tapi yang hairannya tak pernah tak habis nasi lemak tu...  Walaupun mahal or

KUIH SAGU

Petang-petang hujung minggu begini alangkah baiknya kalau ada juadah kuih manis untuk minuman petang bersama keluarga.  Teringat biji sagu yang agak lama `terperap' di dalam peti ais lebih daripada  sebulan.  Dari sehari ke sehari nak buat kuih sagu, tetapi tak jadi-jadi walaupun kuih ini tersangat mudah untuk membuatnya. Teruja bila singgah di N.A. Kitchen  tengok gambar kuih sagu ini.  Tanpa berlengah-lenggah lagi Kak Noor bangun dan terus menyediakannya.  Sukatan yang digunakan oleh N.A. Kitchen bagi penyediaan kuih sagu ini memang elok.  Kejadian teksturnya lembut dan senang dipotong, dan rasanya sama macam kuih sagu yang pernah Kak Noor makan semasa zaman kanak-kanak.  Mari kita tengok bahan-bahannya.   Bahan-bahannya: 2 cawan sagu - Kak Noor guna biji sagu warna merah yang dibeli di pasar raya 1 cawan gula 3 cawan air Pewarna merah - Kak Noor guna pewarna sirap ros Daun pandan - disimpul Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam) Cara-cara:

KEK BATIK EKSPRES

Resepi ini diberikan percuma oleh Chef Mohd Hairul Hissam sempena pelancaran produk Rahsia Taufufah. Untuk mendapatkan resepi Ebook Kek Batik Ekspres secara percuma, sila layari laman web   www.rahsiataufufah.com   Di laman tersebut anda akan menemui ruangan Percuma E-book Kek Batik Ekspres. Apa yang perlu anda lakukan ialah nyatakan nama panggilan dan alamat emel anda dan hantar.  Dalam beberapa minit sahaja, anda akan menerima resepi percuma kek batik ekspres di kotak emel anda. Walaupun sebelum ini telah ada N3  mengenai resepi kek batik ini, tetapi bila tengok resepi Chef Mohd Hairul Hissam memang teruja sangat untuk cuba membuatnya.  Ternyata setelah membuatnya, kek batik ini sememangnya enak.  Semasa mengacau adunan di atas dapur tadi, baunya wangi telah menarik perhatian anak Kak Noor yang sedang menonton TV di ruang tamu.  Tak sabar menunggu kek batik ini keras, awal-awal lagi sebelum dimasukkan ke dalam tupperware, sempat diambilnya sedikit untuk dimakan. Bahan-

AYAM MASAK LEMAK KUNING

Hari ini Kak Noor masak yang agak ringkas dan yang paling mudah.  Tak sampai 1/2 jam dah boleh disajikan. Masakan yang Kak Noor maksudkan ialah Ayam Masak Lemak Kuning dan dicampur dengan ubi kentang. Santannya pula Kak Noor gula santan kelapa sawit jenama `KHALIS' yang boleh didapati di pasar raya Giant atau Mydin.  Santan kelapa sawit `KHALIS' ini memang pekat dan memang cantik kuahnya bila dibuat masak lemak kuning.  Kebiasaannya  bila kita masak lemak kuning, kita tidak boleh tinggalkannya tanpa dikacau setelah dimasukkan santan, ditakuti pecah minyak.   Tetapi bila kita menggunakan santan kelapa sawit ini, kita tidak perlu risau kuah akan pecah minyak.  Selain kelemakannya yang tersendiri, ia juga mempunyai kepekatan yang lebih daripada kelapa biasa. Dengan menggunakan 1 1/2 cawan pati santan kelapa sawit dan dicampur dengan 2 cawan air, kepekatannya masih terasa. Bahan-bahannya: 1 ekor ayam - dipotong ikut suka Beberapa biji ubi kentang dikupas kulitnya dan

Sambal Tumis Sotong Kering

Sotong kering ni dah agak lama juga dalam peti sejuk. Sebenarnya Kak Noor beli sotong kering semasa Hari Raya Haji hari tu. Ingat nak buat mee rebus Utara, tetapi tak jadi. So hari ini Kak Noor masak sambal tumis sotong kering aje. Nak makan dengan nasi kuning. Bahan-bahannya: 7 keping sotong kering saiz besar (direndam dengan ubat semalaman) 1 biji tomato dipotong kiub Air asam jawa 4 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula putih ½ sudu teh serbuk perasa Garam secukupnya Bahan-bahan B (dikisar): 5 senduk cili kering kisar (Kak Noor guna senduk nasi untuk menyukat) 1 biji bawang besar 3 biji bawang putih dicincang Sedikit belacan – kalau suka Penyediaannya: 1. Sotong kering direndam dengan `ubat’ semalaman. Kemudian dibersihkan dan direndam dengan air bersih dan ketepikan selama 30 minit. Selepas itu dibasuh sekali lagi dan dipotong kecil. 2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar dan masak sehingga naik bau dan te

MEE GORENG DAGING

Kak Noor namakan mi goreng ini mi goreng daging sebab Kak Noor letak banyak isi daging sebagai perencahnya. Kebiasaannya bila masa mi goreng, Kak Noor suka letak taugeh banyak-banyak.  Tetapi  kali ini tiada sayuran yang diletakkan.  Bagi orang-orang yang tidak makan sayur, seperti adik bongsu Kak Noor, sudah tentu akan menggemari resepi ini.   Bila masak mi goreng tanpa sayur ini, pertama sekali teringat kat adik lelaki bongsu yang tinggal di Alma Bukit Mertajam.  Selalunya bila bonda menggoreng mi,  bonda akan menggoreng dua kali.  Satu yang ada sayur untuk keluarga dan satu lagi tidak ada sayur special untuk adik Kak Noor.  Kalau ada sayur, dia akan pilih sayur dan buang ketepi.  Sehingga sekarang walaupun dah jadi bapa orang, masih macam tu juga. Bahan-bahannya: 1 bungkus mi basah 200 gm is daging dihiris halus 1 labu bawang besar dicincang kasar 3 ulas bawang putih dicincang kasar 1 biji tomato dicincang kasar 1 senduk nasi cili kering kisar 2 su

SAMBAL TUMIS UDANG THAI

Bahan-bahannya : 15 - 20 ekor udang saiz sederhana - dibuang kepala dan ekor 1 labu bawang besar - dihiris bulat 1 batang serai dititik 2 sudu gula perang 2 sudu besar sos cili thai (Thai brand) 1 sudu besar pati asam jawa dibancuh dengan sedikit air 4 sudu besar susu segar Garam dan gula putih secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 3 senduk nasi cili kering kisar 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 2 - 3 helai daun limau purut 1 inci belacan Penyediaannya: 1.  Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk.  Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau rata.  Tudung periuk dan masak sehingga cili garing dan terbit minyak (pecah minyak). 2.  Buka tudung periuk dan kacau.  Masukkan air asam jawa, sos cili thai, gula perang, gula putih, garam dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mereneh seketika di atas dapur. 3.  Kemudian masukkan udang, diikuti dengan 4 sudu besar susu segar.   Biarkan di atas api seh

MENU SELERA TENGAH HARI YANG RINGKAS; SUP TUMIS BAYAM DAN IKAN BILIS GORENG CAMPUR LOBAK MASIN

Memasaknya ini sebenarnya ikut mood.  Kalau mood kita elok dan kita sihat, sudah tentu kita ingin menyediakan sesuatu masakan yang istimewa untuk keluarga, ataupun mencuba sesuatu resepi yang baharu. Tetapi kalau kesihatan kita tidak mengizinkan, tetapi kita ingin juga menyediakan hidangan untuk keluarga dengan air tangan kita sendiri, sudah tentu kita akan memasak sesuatu yang mudah dan cepat, dan mengelak daripada duduk di dapur lama-lama.  So hari ini memandangkan Kak Noor tak berapa sihat, maka Kak Noor hanya dapat menyediakan sup tumis bayam dan ikan bilis goreng campur lobak masin sahaja.  Walaupun masakan ini nampak ringkas, tetapi sekali sekala ia sebagai sebagai pembuka selera.  Bila masak kedua-dua lauk ini, teringat Kak Noor semasa zaman kanak-kanak di kampung.  Kalau orang yang pernah dibesarkan di kampung, masakan ini telah menjadi lumrah bagi mereka.  Kalau bukan ikan bilis, ikan goreng gelama masam menjadi hidangan.  Ditambah pula dengan sambal belacan d

TOM YAM SOTONG

Bahan-bahannya: 600 gm sotong 1 labu bawang besar - dihiris bulat 2 - 3 batang serai dititik 5 - 6 cili api merah dititik 3 sudu besar pes tom yam thai 1 ketul kiub tomyam maggi 1/2 batang lobah merah - dipotong serong Bunga kobis Cendawan tiram warna putih 1 batang saderi - dipotong serong 1 biji tomato dibelah 4 5 - 6 keping daun limau purut 2 sudu besar jus limau kasturi Air secukupnya untuk kuah tom yam Cara-cara penyediaannya: 1.  Didihkan air secukupnya di dalam periuk.  Kemudian masukkan pes tomyam, kiub tomyam, dan serai.  Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.  Perasakan dengan garam. 2.  Kemudian, masukkan sotong dan kacau sebati.  Biarkan ia mendidih sekali lagi. 3.  Selepas itu masukkan lobak merah, bunga kobis, cendawan tiram, dan batang saderi, .  Biarkan di atas dapur seketika sehingga lobak merah masak. 4.  Akhir sekali masukkan bawang besar, buah tomato, cili padi dan daun limau purut, dan jus limau kasturi.

SARDIN ROLL ROTI

Resepi ini diperolehi daripada Majalah Wanita terbitan bulan November 2010 semasa Kak Noor sedang mengemas buku-buku lama untuk dibuang di pejabat tempoh hari.  Nama chefnya pun Kak Noor dah lupa.  Sekadar hanya dapat mengingati resepinya sahaja.  Sebenarnya resepi asal inti sardin roll menggunakan inti sardin yang tidak dimasak, hanya mengambil  isi sardinnya sahaja (kuahnya dibuang) dan terus diadun dengan bahan-bahan lain. Memandangkan Kak Noor dan keluarga tidak berapa menggemari isi sardin yang diadun sebegini, maka Kak Noor menggunakan kaedah menumis untuk menyiapkan intinya. Sardin Roll yang telah siap diletak inti Kaedah menggoreng/membakar  menggunakan marjerin Bagi menggoreng sardin roll ini, Kak Noor tidak menggunakan minyak;  hanya meletakkan sedikit marjerin di atas kuali leper.  Dalam erti kata lain, seperti kaedah membakar ikan di atas kuali leper menggunakan margerin. Dengan menggunakan kaedah ini, minyak kurang menyerap di dalam roti.

Bihun Goreng Tom Yam

Bahan-bahannya: 1 bungkus bihun kering - direndam semalaman dan ditoskan. 1 labu bawang besar saiz sederhana dihiris 4 ulas bawang putih dihiris Udang saiz sederhana (kuantiti udang yang digunakan ikut citarasa masing-masing) Sotong  dipotong bulat - Kak Noor tidak masukkan 2 senduk nasi cili kering kisar 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar pes tom yam 1sudu teh cuka Taugeh secukupnya.  Boleh diganti dengan kobis sekiranya taugeh tidak ada. Batang saderi dihiris Daun bawang dihiris Cili merah dihiris Bawang goreng Garam/gula/serbuk perasa Sedikit minyak untuk menumis Penyediaannya: 1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. 2.  Masukkan cili kering kisar .  Masak sehingga cili garing dan naik bau. 3.  Kemudian masukkan air secukupnya diikuti dengan pes tom yam, garam, gula, dan serbuk perasa (jika suka).  Biarkan ia mendidih. Pastikan air yang dimasukkan mencukupi untuk melem

Kacang Buncis Leper Goreng Kunyit

Terdapat pelbagai resepi masakan menggunakan kacang buncis; seperti kacang buncis masak lemak kuning dengan udang, kacang masak lemak putih dengan soun, dan yang paling kerap dimasak ialah kacang buncis goreng.  Pelbagai bahan tambahan digunakan untuk mengenakkan lagi masakan kacang buncis goreng ini.  Ada yang menggunakan perencah daging, udang, ikan bilis, sotong dan juga tambahan sayur-sayuran seperti lobak merah dan kobis.  Kacang buncis yang Kak Noor beli di pasar raya tempoh hari bentuknya leper.  First time jumpa kacang buncis leper ini.  Bila dah masak, rasanya sama juga dengan kacang buncis biasa.  Tetapi Kak Noor tak tahulah mungkin ada nama lain bagi sayuran ini.  Untuk resepi ini Kak Noor tak guna banyak bahan tambahan, hanya campurkan sotong dan sayur cendawan sahaja.  Bahan-bahannya: 300 gram kacang buncis leper 2 ekor sotong besar - dipotong bulat Sedikit cendawan tiram warna putih Daun sup/daun bawang 1/2 biji tomato - dipotong wedges 1

Daging Goreng Kunyit

Semalam sepulang dari kerja, sempat singgah di pasar malam berdekatan stesen LRT Jelatek.  Tengok udang, sotong,  dan ketam, alahai semuanya mahal-mahal belako.  Yang paling murah ikan, tu pun harga yang paling murah RM10.00 sekilo iaitu ikan kembong kecil.  Tapi Kak Noor beli ikan mata besar sahaja.  Ikan ni sedap digoreng dan dimakan panas-panas sahaja.  Kalau masak lain mesti x jalan melainkan kalau masak sambal ikan.  Teringin pula nak beli daging sebab dah lama x masak daging.  Beli sikit sudahlah, dapat sekali makan.  Lagipun dua orang anak bujang Kak Noor balik hujung minggu ini.  Bolehlah masak best sikit. Kalau hari-hari biasa tiada orang nak makan.  Dari segi beli daging ni Kak Noor memang agak cerewet orangnnya.  Kak Noor lebih suka beli daging tempatan daripada daging kotak (daging import).  Bukanlah Kak Noor nak memperkecil-kecilkan daging import, tetapi tekak ni x boleh nak terima  Ada `rasa'nya yang tidak diperkenankan oleh tekak ni.  Walaupun mahal dari