Langkau ke kandungan utama

Tomyam Campur

Bila bercakap pasal tomyam, teringat Kak Noor semasa tinggal di Padang Besar suatu ketika dahulu.  Rata-rata masakan di sana adalah masakan Thai.  Orang selalu berkata walaupun kita masak makanan Thai, ia tidak sama rasanya dengan orang Thai masak. Rasanya lebih sedap.  Hakikatnya itu adalah menu hidangan negara mereka.  Kalau kita sebut Tom Yam, ia berkait dengan negara Thailand.  Macam juga di negara kita, bila sebut sahaja nasi kandar, ia berkait dengan negeri Pulau Pinang.  Dan yang perlu kita tahu ialah kesedapan  tomyam ini juga bergantung kepada bahan-bahan yang mereka gunakan. Bahan-bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada negara mereka sendiri yang mungkin di negara kita sendiri tiada bahan-bahan berkenaan.  Lainlah kalau kita pun menggunakan bahan yang sama, sudah tentu kesedapannya sama.


Kalau kita nak cari masakan Thailand yang sedap dan halal, kita cari restoran dan kedai makanan di mana tuan punyanya adalah orang Thailand dan pekerja-pekerjanya juga terdiri daripada orang Thailand. Di Kuala Lumpur ini terdapat sebuah Restoran Thai iaitu `Ali Tomyam' yang terletak di Jalan Dato' Keramat, berhadapan dengan masjid Dato' Keramat.  Restoran ini memang famous kerana pada setiap malam memang penuh dengan pelanggan.  Antara menunya ialah ikan 3 rasa, tom yam, kerabu mangga, somtam, daging masak merah dan pelbagai lagi.  Nasi yang dihidangkan menggunakan beras siam. Sedap sangat....


Kak Noor dan keluarga telah beberapa kali makan di kedai ini dan boleh diberi 5 bintang kerana menepati citarasa Kak Noor dan keluarga.  Lagipun servisnya cepat kerana terdapat pekerja yang ramai.  Selain masakan Thailand, restoran ini turut menyediakan masakan lain seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng dan lain-lain menu.


Apa-apapun, kita boleh cuba masak sendiri tomyam, walaupun mungkin tidak sesedap tomyam di Restoran Ali Tom Yam.  Masak tomyam ni mempunyai dua kaedah iaitu sama ada kita menumis atau merebus.  Tapi yang paling mudah dan cepat ialah kaedah merebus.  Kak Noor telah banyak kali menggunakan kaedah merebus, dan kali ini Kak Noor menumisnya pula.  Yang mana lebih sedap, merebus atau menumis?  Cubalah sendiri... tak cuba tak tahu.  Tapi bagi Kak Noor, menumis lagi sedap.  Apa-apapun bergantung kepada citarasa masing-masing.


Bahan-bahannya:
  • 500 gram ayam - dipotong kecil bersama tulang
  • 10 ekor udang saiz sederhana(dibuang kulit)
  • 5 ekor sotong - dipotong gegelang 
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 100 gram cendawan butang - dipotong
  • 1 batang lobak merah - dipotong
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 biji limau nipis (diambil perahannya)
  • Beberapa batang daun sup (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut 
  • 2 batang serai diketuk.
  • 4 cawan air
  • Minyak masak
Bahan-bahan ditumbuk atau dikisar:
  • 100 gram ikan bilis 
  • 10 biji cili padi 
  • 5 biji cili merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah 
Penyediaannya:
  • Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan kacau seketika.
  • Masukkan pes tomyam.  Kacau rata.
  • Kemudiaan masukkan ayam dan digaul rata dengan bahan tumisan dan pes tomyam tadi.  
  • Masukkan air, diikuti dengan garam, perahan limau nipis, serai, dan daun limau purut.  Masak sehingga ayam empuk. 
  • Selepas ayam empuk,  masukkan  udang, lobak merah, cendawan butang, buah tomato, cili padi,  dan batang sup. Biarkan ia mendidih lagi. 
  • Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dihiris bulat.  Sedia dihidangkan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.