Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

3 Disember 2011

Sup Makaroni

Hari ini Kak Noor rasa letih sangat dan malas nak duduk kat dapur lama-lama. Semalam, bermula dari petang sehingga ke awal pagi, Kak Noor mengelaskan buku-buku sekolah anak yang tidak diperlukan lagi, dikumpul untuk dihantar ke pusat kitar semula. Cuma buku-buku agama tidak dapat dihantar ke kitar semula sebab ada yang mempunyai ayat-ayat Al-Quran. Kak Noor asingkan dan letak dalam kotak. Suatu hari nanti bila kelapangan, baru dihantar buku-buku agama tersebut di pusat pelupusan di Cheras.







Pagi tadi, awal-awal lagi hubby Kak Noor telah menanak nasi. Kalau Kak Noor guna rice cooker masak nasi, tetapi hubby Kak Noor ni masak guna dapur gas biasa. Dia lebih suka masak nasi `ala mamak'. Ertinya rebus nasi, kemudian buang air.

Ok berbalik kepada hidangan untuk tengah hari ini. Di dalam almari ada 1 paket makaroni. Timbul idea nak masak makaroni sup sahaja. Itu yang paling mudah dan cepat dimakan. Sebenarnya masak sup ni cara masaknya lebih kurang sama sahaja, cuma kita boleh olah ikut citarasa dan bahan-bahan yang kita sedia ada.

 



Bahan-bahannya:
500 gm makaroni
100 gm daging - dipotong kiub
10 - 15 udang saiz sederhana besar dibuang kulit
10 biji chicken ball - dipotong kiub
2 sudu rempah sup
1 cawan tomato soup
1 sudu besar cili kering kisar
10 keping cendawan tiram putih dibelah dua
1 batang karot dipotong kiub
1 inci halia dihiris
Sedikit lada hitam
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Garam dan perasa (Kak Noor guna perasa TUMIX ayam), boleh juga guna kiub ayam
Minyak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya untuk membuat sup

Bahan-bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia dihiris - dihiris

Penyediaan makaroni:
Panaskan air. Campurkan sedikit minyak dalam air. Rebus makaroni hingga lembut . Kemudian dibasuh dengan air sejuk dan ditoskan.

Penyediaan sup:
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
Bila bawang telah garing, masukkan cili giling dan tomato soup. Biarkan sekejap hingga pecah minyak.
Masukkan rempah sup dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
Bila daging telah empuk, tambahkan air. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa atau kiub. Kacau rata dan pada masa yang sama masukkan udang dan chicken ball.
Bila udang dan chicken ball telah masak, akhir sekali masukkan lobak merah dan cendawan tiram. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.



Cara menghidang:
  • Masukkan sedikit makaroni ke dalam mangkuk dan bubuh kuah sup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap dimakan panas-panas.


Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang