Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

1 Disember 2011

Puding Coklat

Bahan-bahannya:
200ml santan kelapa sawit
800ml air
200gm gula kastor
2 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar coklat Oligo
3 sudu kecil tepung kastard
1 sudu kecil perahan buah lemon 
1/2 sudu kecil serbuk cappucino

Cara menyediakannya:
1.  Masukkan serbuk agar-agar ke dalam periuk bersama air dan gula.  Masak sehingga mendidih.
2.   Dalam bekas yang lain,  satukan santan, coklat Oligo, tepung kastard, perahan buah lemon, dan serbuk cappucino.  Kacau supaya larutan sebati.  Boleh gunakan blender basah untuk mengisar kesemua bahan-bahan ini supaya menjadi halus.
3.  Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam larutan agar-agar.
4.  Kacau rata sehingga masak.
5.  Akhir sekali tuangkan ke dalam acuan.  Biarkan di luar seketika sehingga ia sejuk.  Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang