Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

2 Disember 2011

Asam Pedas Tumis Ikan Pari Bernanas

Hari ni nak masak apa ya! Dalam peti sejuk ada ikan pari. Ikan pari boleh dimasak kari, bakar ataupun yang paling sedap masak asam pedas tumis. Lama juga tak masak asam pedas tumis ikan pari. Bahan-bahannya? Tak pe... anak Kak Noor ada, nanti suruh dia beli nanas, bunga kantan, dan daun kesum.


So... seperti yang disuruh, anak Kak Noor belilah barang-barang yang dipesan tadi. Satu lagi saja silap, disuruh beli daun kesum, dibelinya daun selum. Bunyinya sama aje kat belakang `sum', cuma kat depannya saja yang bunyi lain. Tapi tak pe, daun selum boleh dibuat ulam. Tengah hari sikit Kat Noor suruh dia pergi kedai lagi, beli daun kesum. Kalau tak ada daun kesum, tak ada ummp asam pedas ni. Wajib ada...






Bahan-bahannya:
1 kg. ikan pari - dipotong saiz sederhana
1 biji nanas masak saiz sederhana - dikupas kulit dan dipotong menyerong setiap belahan
Daun kesum secukupnya
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
2 batang serai diketuk
1 sudu besar pati asam jawa Xtra Adabi - dijadikan 1 cawan air asam jawa
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Minyak untuk menumis (anggaran 1/4 cawan)


Bahan-bahan dikisar (disatukan dalam blender dan dikisar):
2 senduk cili kisar - guna senduk nasi untuk sukatan
1 sudu besar pes tom yam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 1/2 inci belacan (boleh juga diganti dengan kiub ikan bilis bagi mereka yang alergi pada belacan)
Air secukupnya


Penyediaannya:
1. Ikan pari dipotong saiz sederhana. Bagi menghilangkan hanyir, perap ikan pari dengan limau kasturi dan garam selama lebih kurang 10 minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.
2. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar halus hingga wangi dan terbit minyak.
4. Masukkan nanas dalam bahan-bahan tumisan tadi dan kacau sebentar. Tuangkan air secukupnya dalam periuk. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Kemudian baru dimasukkan ikan pari, jus asam jawa dan masak sekejap. Masukkan daun kesum, bunga kantan, garam dan sedikit gula. Biarkan mendidih sekejap dan rasa. Boleh tambah garam jika kurang masin. Boleh tutup api kalau telah menepati citarasa.
5. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng.



Daun kesum

Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang